AWAS ADA MATA SEDANG MEMERHATI KITA YANG MEMBERI MAKAN PADA KUCING-KUCING GELANDANGAN. JAGALAH KEBERSIHAN DI TEMPAT KITA BERI KUCING GELANDANGAN ITU MAKAN
Gambar notis yang ditampal bersebelahan pintu lift ini
saya rakam baru-baru ini semasa saya membuat penghantaran barang kepada
pelanggan saya di sebuah kediaman pangsapuri.
Pihak Pengurusan pangsapuri berkenaan tidak
berpuashati kerana ada penduduk yang beri makan pada kucing di kawasan lobi
lift tingkat bawah. Saya rasa kucing yang mereka maksudkan adalah kucing gelandangan
yang hidup terbiar akibat dibuang di kawasan pangsapuri berkenaan. Kawasan
kediaman pangsapuri memang seringkali menjadi sasaran tempat pembuangan kucing.
Saya pun tidak pasti kenapa pihak pengurusan berkenaan
tidak membenarkan penduduk memberi makan di kawasan lobi lift. Tidak dinyatakan
sebabnya tapi saya rasa mungkin mereka tidak mahu kawasan lobi lift kelihatan
kotor dan bersepah dengan sisa-sisa makanan yang diberikan pada kucing
gelandangan.
Ketika saya berada di kawasan lobi lift pangsapuri
berkenaan, saya dapati keadaan kebersihan di kawasan lobi lift tingkat bawah
itu adalah terkawal. Walaubagaimanapun sama-samalah kita menjaga kebersihan di
tempat yang kita selalu memberi kucing-kucing gelandangan makan. Kalau boleh
bagilah kucing makan di tempat yang terlindung atau tidak berdekatan dengan
tempat tumpuan laluan penduduk.
Maklumlah bukan semua orang suka nampak kita memberi
makan pada kucing-kucing gelandangan yang sedang kelaparan di luar sana. Nanti
ada pula pihak yang ambil kesempatan untuk menyalahkan kita yang selalu memberi
kucing gelandangan makan. Khuatir juga nanti kucing-kucing gelandangan itu menjadi
mangsa kezaliman akibat daripada pihak yang tidak berpuashati kerana kita beri
makan di kawasan tumpuan penduduk.
Comments