Pada
03hb. Januari 2020 - Jumaat semasa saya sedang membuat rondaan untuk mengutip
sampah di kawasan highway tempat saya bertugas, sekali lagi saya telah
menjumpai seekor anak kucing mati akibat dilanggar kenderaan. Di lokasi
kejadian tiada kawasan perumahan berdekatan situ. Yang ada hanyalah pokok-pokok
kelapa sawit.
Mungkin
juga ia jatuh dari kereta dan tidak mustahil juga ia sengaja dilepaskan di
kawasan highway. Sudah banyak kali saya menjumpai kucing mati akibat dilanggar
dan digilis kenderaan yang melalui highway ini. Hanya seekor sahaja kucing
dewasa yang ditemui selamat, itu pun saya mengejarnya hingga ke atas bukit
untuk menyelamatnya. Boleh baca semula pada entri saya yang lepas ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2019/09/kejam-dan-zalim-jumpa-seekor-kucing.html
Di
kawasan hentian sebelah dan hentian R&R juga terdapat kucing-kucing yang
sengaja dibuang di situ. Jadi setiap hari saya akan singgah di hentian-hentian
berkenaan untuk meletak / meninggalkan makanan dan juga air supaya
kucing-kucing di situ tidak mati kebulur dan kehausan.
Wahai
pemilik-pemilik kucing, jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab. Janganlah
asyik bertindak hendak membuang kucing saja.
Jangkahayat
kucing-kucing yg dibuang itu biasanya pendek @ hidup tak lama disebabkan
terdedah pada risiko-risiko seperti berikut :
1)
mati kelaparan dan kehausan.
2)
mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas
dan lain-lain).
3)
mati akibat dilanggar kenderaan.
4)
mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.
5)
mati akibat bergaduh dengan kucing lain.
6)
mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.
Dan
lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan.
Akta Haiwan Peliharaan 2015 : Buang kucing boleh
dipenjara. Sila baca disini https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/322234/buang-kucing-boleh-dipenjara
Comments