Burung Rapang Duit yang saya selamatkan tempohari telah pergi (mati) petang
semalam. Patutlah ia tidak mahu makan sejak kelmarin. Sebelum ini ia elok saja
makan. Semalam ia asyik berbunyi. Mungkin ia hendak mengucapkan selamat tinggal
dan memberitahu ia akan pergi.
Sekiranya
ia pulih sudah tentulah saya akan melepaskannya kembali. Saya tidak dapat
membawanya ke klinik haiwan untuk rawatan kerana kekangan kewangan. Apa pun
saya telah memberinya perlindungan dan penjagaan dengan sepatutnya.
Boleh baca semula cerita
saya menyelamatkan burung itu disini :
Comments