Cleaner
lelaki warga Indonesia beritahu saya “Tam” sudah tiada dan dia sudah
mengebumikan Tam. Tam telah dilanggar oleh sebuah kereta yang hendak keluar
dari parking.
Pada
hari Ahad lepas seperti biasa saya akan singgah di beberapa hentian highway
untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Selepas
selesai meletakkan makanan dan air di bekas yang saya sediakan dan hendak
bergerak ke tempat lain, Cleaner memanggil saya dan menyampaikan berita sedih
bahawa Tam si kucing hitam gelandangan di hentian highway ini telah pergi
(mati).
Cleaner
beritahu saya Tam telah dilanggar petang semalam (Sabtu) oleh sebuah kereta yang hendak keluar dari
kawasan parking. Menurut saksi Tam berada di belakang kereta berkenaan. Setelah
melanggar Tam, pemandu kereta itu turun memerhatikan Tam yang cedera dilanggar
dan kemudian dia meneruskan perjalanan tanpa mengalihkan Tam. Tam masih boleh
bangun pada ketika itu tapi keadaannya agak teruk kerana mungkin Tam mengalami
kecederaan dalaman.
Kebetulan
pada hari kejadian ada pengambaran filem di hentian highway berkenaan dan
crew pengambaran telah mengangkat Tam ke
pondok. Selepas itu Tam pun menghembuskan nafasnya dalam keadaan kesakitan yang
teramat sangat akibat dilanggar. Kemudian crew berkenaan memaklumkan kepada
Cleaner lelaki itu. Akhirnya Cleaner mengebumikan Tam di kawasan belakang
hentian highway itu. Cleaner juga sayangkan Tam. Dia juga selalu berkongsi ayam
goreng dengan Tam. Katanya Tam memang suka ayam goreng berbanding ikan goreng.
Tam
seekor kucing jantan yang manja dan jinak. Tam selalu menyambut kedatangan saya
di hentian highway berkenaan. Pernah beberapa kali saya nampak Tam sedang duduk
bersama pengguna highway yang sedang duduk berehat dan makan di pondok yang
disediakan. Kemudian Tam melompat turun dan berlari menyambut kadatangan saya.
Pengguna highway yang berhenti rehat dan makan di pondok itu pun menegur saya “wah
dia tahu tuan dia dah datang ye”, dan saya pun membalas dengan senyuman.
Memang
sedih saya mendengar cleaner beritahu Tam sudah tiada. Sebenarnya pada hari
kejadian saya telah singgah ke hentian highway berkenaan pada jam lebih kurang
11 pagi. Malangnya Tam telah dilanggar pada sebelah petang. Jika saya ada pada
masa kejadian sudah tentu saya akan bawa Tam ke klinik haiwan untuk rawatan.
Sayang sekali. Hingga ke hari ini saya masih berasa sedih atas pemergian Tam.
Hanya gambar dan video yang sempat saya rakamkan menjadi pengubat rindu saya
kepada Tam. Damailah Tam. Tam sentiasa dalam ingatan Papa.
Comments