Skip to main content

JUMPA KUCING HUTAN BETINA SEAKAN BUNTING MATI DILANGGAR KENDERAAN DI KAWASAN SEBUAH HIGHWAY

Lewat petang semalam ketika dalam perjalanan balik ke rumah selepas selesai melakukan kerja sambilan, saya ternampak seekor kucing hutan terbaring di tepi jalan dalam kawasan sebuah highway.
Memang cantik kucing hutan tapi sayang ia sudah tidak bernyawa lagi. Saya dapati ia hanya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan melihat keadaan perutnya ia seakan bunting. Kesian melihat keadaannya. Ini merupakan pengalaman kali keempat saya terjumpa kucing hutan mati akibat dilanggar kenderaan di kawasan highway yang sama.

Comments