Kesian
ia telah dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Di hentian sebelah
ini tidak terdapat kedai makan dan jauh dari kawasan kediaman manusia.
Baru-baru
ini saya telah ternampak seekor kucing berwarna hitam putih di sebuah hentian
sebelah. Sebelum ini hentian sebelah berkenaan tidak terdapat kucing
gelandangan. Saya bertanya kepada Pengawal Keselamatan, adakah kucing itu baru
dibuang di hentian berkenaan, dia menjawab “ye bang baru kena buang kat sini”.
Kucing
tunggal itu boleh mati kebulur di situ. Tidak
mengapalah saya akan singgah di hentian sebelah itu setiap hari untuk berinya
makan. Saya berharap pekerja pembersihan dan orang awam atau pengguna hihgway
yang singgah di hentian berkenaan tidak mengapa-apakan kucing jantan itu.
Bukanlah bermaksud saya hendak melihat kucing terus membiak di situ. Saya akan
usahakan menemukannya dengan penjaga baru. Tetapi ini bukanlah mudah dan
perlukan masa juga.
Wahai
pemilik-pemilik kucing, jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab. Janganlah
asyik bertindak hendak membuang kucing saja.
Jangkahayat
kucing-kucing yg dibuang itu biasanya pendek @ hidup tak lama disebabkan
terdedah pada risiko-risiko seperti berikut :
1)
mati kelaparan dan kehausan.
2)
mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas
dan lain-lain).
3)
mati akibat dilanggar kenderaan.
4)
mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.
5)
mati akibat bergaduh dengan kucing lain.
6)
mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.
Dan
lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan.
Akta Haiwan Peliharaan 2015 : Buang kucing boleh
dipenjara. Sila baca disini https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/322234/buang-kucing-boleh-dipenjara
Comments