“Pembuang kucing memang menyusahkan dan
tidak mempunyai sifat belas kasihan”.
Kesian melihat keadaannya yang berkudis jadi saya ikhtiarkan juga agar dapat
bawanya ke klinik untuk rawatan.
Seperti
dijanjikan petang semalam saya telah bawa seekor kucing jantan berkudis yang
baru dibuang di hentian sebelah sebuah highway. Perjalanan dari rumah saya ke
hentian highway berkenaan kira-kira 33km.
Alhamdulillah
akhirnya dapat juga saya bawanya ke klinik untuk menerima rawatan. Mujur kucing
itu tidak menghilangkan dirinya. Jadi mudahlah urusan saya.
Kisah kucing jantan
berkudis ini boleh baca semula di pautan ini :
Keadaan
kudisnya agak teruk juga. Doctor kata mungkin sebab ia bergaduh. Semasa doctor
hendak mencuci lukanya itu, tiba-tiba ia menjadi agresif. Mungkin sebab ia
berasa sakit pada waktu itu. Akhirnya doctor terpaksa pengsankan supaya dapat bersihkan
lukanya dan meletakkan ubat.
Kemudian
doctor menyuruh saya mengurung kucing itu selama seminggu atau sehingga luka
atau kudisnya sembuh. Tapi malangnya saya tidak dapat menjaga dan membawanya
balik ke rumah disebabkan dalam rumah saya terdapat banyak kucing dan saya juga
tidak mempunyai sangkar kosong bagi menempatkannya di dalam rumah. Saya
bertanya kepada doctor kalua saya lepas dan biarkan ia berkeliaran dekat
hentian highway itu boleh ke? Doctor kata kalua buat macam itu usaha saya ini
akan jadi sia-sia saja.
Jadi
saya telah buat keputusan untuk meletakkannya bawah jagaan klinik selama 3 hari
sahaja. Ini saja yang saya terdaya usahakan. Kalau seminggu atau 7 hari tentu
kos rawatan akan lebih tinggi. Dana yang ada dalam tangan saya hanyalah RM 100.00 sahaja. Jumlah keseluruhan
yang saya perlu bayar adalah sebanyak RM 209.00. Saya bayar deposit RM 100.00 dahulu.
Selebihnya akan saya usahakan selewatnya hari Jumaat ini.
Dikesempatan
ini saya ingin mengucapkan “berbanyak
terima kasih” kepada mereka yang telah sudi menghulurkan bantuan bagi
membolehkan saya membawa kucing itu ke klinik untuk menerima rawatan.
Comments