Saya
bekerja sambilan sebagai “Pengutip Sampah Jalanan” di sebuah highway atau
lebuhraya bertol dalam negeri Selangor.
Semasa
membuat rondaan, saya kerap menjumpai binatang liar mati akibat dilanggar dan
digilis kenderaan yang lalu di highway berkenaan. Antara binatang liar yang pernah
saya jumpa dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan adakalanya dalam keadaan
tragis adalah kucing hutan, musang, biawak, burung hantu, monyet, tupai,
kura-kura, ular sawa dan anjing liar. Selain itu juga saya kerap juga menjumpai
kucing yang biasanya dipelihara di kawasan perumahan.
Ini
adalah kesan penerokaan hutan dan ladang untuk pembinaan lebuhraya bagi memudahkan
pergerakan manusia namun begitu boleh mengundang risiko serta mengancam nyawa
binatang liar yang terdapat di kawasan sekitar lebuhraya.
Berikut
adalah sebahagian gambar-gambar di lokasi kejadian yang sempat saya rakam :
Kucing Hutan :
Musang :
Ular Sawa :
Burung Hantu :
Burung tak dikenali :
Monyet :
Tupai :
Ayam Hutan :
Biawak :
Kura-Kura :
Anjing Liar :
Comments