Kesian
kucing jantan berkudis pada bahagian pangkal ekor dan beberapa bahagian badan
telah dibuang di hentian sebelah sebuah highway.
Pada
tengahari semalam seperti biasa saya singgah di beberapa hentian highway untuk
beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Bila saya
sampai di salah satu highway yang saya singgah setiap hari di mana di situlah
tempat seekor kucing gelandangan yang saya sayangi dan rindui iaitu Tam telah
pergi (mati) meninggalkan saya kerana dilanggar sebuah kereta yang memakir di
hentian berkenaan.
Boleh baca semula kisah
Tam di pautan ini :
Tiba-tiba
saya Nampak ada seekor kucing yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Saya
pun mendekati kucing itu. Ia adalah seekor kucing jantan. Terdapat luka atau
kudis di bahagian pangkal ekornya Kemudian saya bertanya kepada Cleaner warga
Indonesia. Dia kata bila dia masuk kerja tengok kucing itu sudah ada di
perkarangan bangunan yang menempatkan surau dan tandas itu. Dia pun kata
semalam tidak nampak kucing itu disini. Mesti baru kena buang dekat sini.
Kucing
jantan itu manja dan jinak. Tapi kesian melihat keadaanya yang ada luka serta
kudis di beberapa bahagian badan dan pangkal ekornya. Insha Allah saya akan
bawanya ke klinik haiwan nanti untuk rawatan. Semoga urusan dipermudahkan.
Comments