Baru-baru
ini pada minggu lepas di waktu senja saya telah menemui seekor burung di
kawasan laluan motorsikal di sebuah highway. Ketika melalui laluan motorsikal,
tiba-tiba burung itu muncul. Seakan mahu atau perlukan pertolongan. Jadi saya
memberhentikan motorsikal. Saya dapati burung itu tidak boleh terbang. Ia tidak
boleh berdiri kerana kedua-dua belah kakinya sakit dan ia juga kurus sehingga
boleh terasa bahagian tulang ketika saya mengangkatnya.
Pada
waktu itu terdapat juga kawan-kawan burung itu di kawasan berkenaan dan kedengaran
suara kumpulan burung itu ketika saya mengambil burung itu.Kemudian saya pun
membawa pulang burung itu untuk diberi perlindungan serta penjagaan. Jika ia
sudah pulih saya akan lepaskannya semula di lokasi penemuan.
Saya
tiada pengalaman tentang burung. Saya tidak tahu ia makan apa. Pada mula saya
letakkan buah pisang. Tapi saya lihat ia tidak menjamah walau sedikit pun.
Keesokkannya saya telah pergi ke kedai menjual burung. Saya tunjukkan rakaman video
kepada tokei kedai dan dia kata burung itu makan ikan. Saya tidak berpuashati
kerana mungkin dia ingat burung itu adalah burung ruak-ruak atau wak-wak.
Kemudian
saya ke kedai lain yang menjual burung dan ikan perhiasan. Jawapan yang tokei
kedai itu beritahu pun sama. Saya Tanya kat sini ada jual ulat tak? Dia kata
ada. Selepas itu saya lihat dia masukkan ulat kecil itu ke dalam plastik ikat
tepi macam air yang dibungkus supaya ulat itu tidak mati. Harga murah saja
hanya RM 1.00. Saya pun cubalah bagi pada burung itu. Alhamdulillah ia makan
ulat itu.
Tapi
saya masih tidak mengetahui burung apakah yang saya selamatkan ini. Selepas itu
saya pun google dengan burung-burung di Malaysia. Akhirnya barulah saya tahu ia
adalah “Burung Rapang Duit”. Wah! Unik betul jenis / spesies nama burung itu.
Perlukan lesem untuk memburunya tapi saya bukanlah memburunya cuma menyelamatkannya
dan akan melepaskannya kembali di lokasi penemuan bila ia telah pulih
sepenuhnya.
Saksikan
video di bawah :
Comments