Pada hari Isnin 23hb September 2019, kenalan saya
seorang warga Rohingnya yang juga pekerja pembersihan di Plaza Tol dan Hentian
Sebelah di sebuah highway telah menjumpai seekor anak kucing betina anggaran
usia dalam 3 bulan. Didapati anak kucing itu mengalami masalah pada bahagian pembuangan
najisnya. Najisnya dalam bentuk cecair sentiasa meleleh keluar.
Buat sementara waktu anak kucing ini dijaga oleh
kenalan saya itu yang tinggal dalam bilik stor di hentian highway berkenaan.
Harap ada rezeki untuk saya merawatnya dan bawa ke klinik nanti untuk
mendapatkan rawatan. Insya Allah saya akan bawanya pulang dan berinya penjagaan
serta perlindungan sementara mendapatkan penjaga baru buatnya.
Comments