Semalam selepas tamat waktu bekerja sambilan di
highway, saya telah singgah di salah satu hentian R&R highway untuk memberi
makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ dan juga
berkesempatan membantu dalam merawat seekor anak kucing yang berkurap di
kedua-dua belah telinga dan bahagian mukanya.
Pekerja gerai di medan selera memberitahu saya bahawa
anak kucing itu telah dibuang di situ dalam beberapa minggu yang lalu.
Merekalah yang memberitahu saya terdapat seekor anak kucing yang mengalami
sakit kurap dan telah meminta pertolongan saya untuk membantu merawat anak
kucing berkenaan.
Jadi semalam saya telah membawa minyak ikan (kembung)
goreng berkunyit untuk disapukan pada kurap yang dialami anak berkenaan.
Sebelum ini saya pernah merawat menggunakan cara ini terhadap seekor anak kucing
dalam jagaan saya yang berkurap sewaktu saya jumpanya dibuang bawah blok
kediaman saya. Alhamdulillah anak kucing yang saya beri penjagaan dan
perlindungan itu kini telah sembuh dari masalah kurap dengan rawatan menyapu
minyak ikan goreng berkunyit.
Berbanyak terima kasih kepada pekerja gerai warga
Indonesia di medan selera berkenaan yang baik serta prihatin kerana sudi
membantu saya dan anak kucing itu.
Semoga anak kucing di medan selera R&R ini
berupaya sembuh dari masalah kurap yang dihadapinya. Insya Allah saya akan
bantunya hingga pulih dengan sebaik mungkin serta memantau keadaannya dan
berinya makan setiap hari.
Comments