Skip to main content

BERBANYAK TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERI SINAR HARAPAN BUAT KUCING BETINA YANG BAKAL DIBUANG OLEH TUANNYA


Pada entri saya yang lepas berkenaan tajuk JADILAH PEMILIK ATAU TUAN KUCING YANG BERTANGGUNGJAWAB : KESIAN SEEKOR KUCING BETINA HENDAK DIBUANG SETELAH TUANNYA TIDAK LAGI MAHU MEMBELANYA.
Alhamdulillah seorang sahabat facebook saya telah sudi untuk memberi penjagaan dan perlindungan buat kucing berkenaan dan petang semalam beliau telah datang ke rumah saya untuk mengambil kucing betina yang sedang bunting itu.
Sebenarnya bukan mudah hendak mendapatkan mereka yang sanggup mengambil tanggungjawab besar untuk menjaga kucing tidak kiralah sama ada kucing jalanan atau pun kucing yang dilepaskan tanggungjawab serta diabaikan oleh tuannya. Tambahan pula kucing betina itu kini sedang bunting. Jadi disini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan berbanyak terima kasih kepada sahabat facebook saya yang berkenaan.   Semoga anda yang berhati mulia ini beroleh ganjaran terbaik daripada Allah swt, diluaskan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Comments