Dulu saya beri makan pada kucing-kucing gelandangan di
7 hentian highway tapi kini hanya di lima hentian sahaja. Saya sudah tidak
memberi makan di dua hentian berkenaan kerana salah satu dari hentian berkenaan
sudah ada pihak yang sudi beri kucing-kucing itu makan dan tambahan pula
lokasinya agak jauh.
Satu lagi lokasi pula telah tiada kucing-kucing yang masih
wujud di situ. Saya dapati kucing-kucing yang terdapat di situ sebelum ini
semuanya (3 ekor) tidak lagi munculkan diri. Tidak tahulah apa yang telah
menimpa mereka
Kini Alhamdulillah saya masih lagi berpeluang memberi
makan pada kucing-kucing jalanan / gelandangan di lima hentian highway setiap
hari. Tiga dari hentian berkenaan adalah hentian sebelah yang tiada gerai makan
dan dua lagi hentian R&R yang hanya ada tiga gerai makan tapi kurang pengunjung
pada hari biasa serta tutup seawal jam 9 malam.
saya sempat meninjau di medan selera R&R yang dimaksudkan |
Yang terbaru saya juga turut memberi makan di kawasan
rumah kedai / pejabat yang turut terdapat asrama pelajar Tahfiz kerana berdasarkan
pemerhatian saya di lokasi berenaan didapati sumber makanan agak terhad buat
kucing-kucing jalanan di situ.
Selain itu juga saya turut meletakkan bekas makanan
kucing di luar hadapan rumah dan di bawah blok kediaman supaya dapat dimakan oleh
kucing-kucing gelandangan yang berkeliaran mencari makanan.
Sebenarnya bilangan kucing-kucing jalanan /
gelandangan yang saya beri makan di lokasi-lokasi berkenaan mencecah 50 ekor.
Memandangankan pendapatan utama menerusi perniagaan
online (tempahan kek coklat moist) yang saya dan isteri usahakan sejak tahun
2008 telah merosot dengan ketara, jadi saya melakukan kerja sambilan sebagai pengutip
sampai di sebuah highway untuk mendapatkan wang bagi perbelanjaan makanan
kucing. Saya juga terpaksa menebalkan muka untuk meminta sumbangan makanan
kucing.
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada mereka yang telah sudi menyumbang untuk makanan kucing yang
menderita kelaparan itu. Semoga kalian semua beroleh ganjaran “terbaik”
daripadaNya nanti.
Comments