JADILAH PEMILIK ATAU TUAN KUCING YANG BERTANGGUNGJAWAB : KESIAN SEEKOR KUCING BETINA HENDAK DIBUANG SETELAH TUANNYA TIDAK LAGI MAHU MEMBELANYA
Semalam hari Jumaat saya telah menerima whatsapp
daripada sahabat facebook yang juga merupakan jiran tetangga blok kediaman saya
dan seorang pencinta kucing. Saya selalu juga terserempak dengan Kak Mala yang
ditemani anaknya ketika dia memberi makan buat kucing-kucing gelandangan di
kawasan bawah blok kediaman saya.
Melalui whatsapp Kak Mala telah memberitahu saya
tentang seekor kucing betina yang bakal dibuang sekali lagi oleh tuannya yang
juga merupakan jiran Kak Mala. Alasan hendak dibuang kerana tuannya sudah tidak
sanggup lagi menjaga kucing malang itu. Sebelum ini kucing betina itu telah
dibuang bawah blok kediaman bersama 4 ekor anaknya yang berusia dalam 3 bulan.
Kemudian ibu kucing itu telah pulang semula ke rumah
tuannya yang terletak di tingkat 5 tapi anaknya terbiar bawah blok selama
beberapa hari sebelum kawan Kak Mala sudi untuk menjaga ke empat-empat ekor
anak kucing itu.
Kini si ibu yang telah pulang semula ke rumah tuannya
itu hendak dibuang sekali lagi ke tempat yang lebih jauh oleh tuannya tapi Kak
Mala telah meminta jirannya itu menangguhkan dulu hasratnya hendak membuang
kucing itu sementara Kak Mala usahakan untuk mencari penjaga baru. Alangkah
malangnya kucing itu nanti jika dia dibuang sekali lagi. Tentu sukar dia hendak
hidup di luar sana dan sudah tentu terabai kebajikannya nanti.
Ada sesiapa yang boleh bantu kucing betina yang bakal
dibuang ini?
Risiko dan kesengsaraan yang
bakal di hadapi oleh kucing yang dibuang :
Jangkahayat kucing-kucing yg dibuang itu biasanya
pendek @ hidup tak lama disebabkan terdedah pada risiko-risiko seperti berikut
:
1) mati kelaparan dan kehausan.
2) mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul,
diracun, disiram air / minyak panas dan lain-lain).
3) mati akibat dilanggar kenderaan.
4) mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.
5) mati akibat bergaduh dengan kucing lain.
6) mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang
kematian anak.
Dan lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan.
Comments