Maklumat ini saya perolehi daripada
sumber pemilik facebook Bee Rabeah pada
hari ini 09 Februari 2018. Kredit buat pemilik facebook berkenaan dan berbanyak
terima kasih juga kerana sudi berkongsi cerita ini di facebook anda. Ianya amat
bermakna buat saya dan pencinta kucing.
Sikap lelaki yang tak dikenali itu
memberi makan pada kucing-kucing jalanan harus dipuji dan dicontohi oleh
netizen. Sungguh mulia hatinya. Dunia kucing jalanan memerlukan ramai orang
sepertinya. Berkongsi rezeki dan sedekah bukan hanya patut dilakukan pada
manusia sahaja. Menghulurkan sedekah makanan patut juga dilakukan terhadap
haiwan seperti kucing jalanan yang hidup terbiar tanpa mendapat makanan yang
sepatutnya bagi meneruskan kehidupannya.
Comments