RAWANG KE SHAH ALAM : REDAH JUGA WALAUPUN CUKAI JALAN MOTORSIKAL DAH TAMAT TEMPOH DEMI MENYELAMATKAN NYAWA KUCING JALANAN YANG CEDERA KERANA JATUH DARI TINGKAT ATAS PANGSAPURI
Pada hari Sabtu – 10hb Februari 2018
yang lalu, semasa saya hendak meneruni tangga dari kediaman pangsapuri yang
saya tinggal di Rawang, Selangor, saya ternampak sebuah kotak berhampiran
dengan lift. Saya pun pergilah melihat apa yang terdapat dalam kotak berkenaan.
Saya dapati ada seekor kucing jantan yang terbaring di dalamnya. Mulanya saya
anggap kucing itu sengaja baring dalam kotak, tapi saya dapati ia tak boleh
berjalan dan ada anak kejiranan juga memberitahu kucing tu sakit dan tak boleh
berjalan. Saya pun beritahu kepada
anak-anak kejiranan yang prihatin nanti saya usahakan sesuatu untuk
menyelamatkan nyawa kucing itu. Menurut
sumber daripada anak kejiranan, kucing itu dipercayai terjatuh dari tingkat
atas pangsapuri dan kemudiannya ada jiran tetangga yang masukkan kucing itu ke
dalam kotak.
Kemudian saya hubungi Mummy J dari Sollu
Shelter melalui whatsapp meminta
pertolongan bagi menyelamatkan nyawa kucing berkenaan. Ini memandangkan jika ia
tak diselamatkan dengan segera kemungkinan boleh mengancam nyawanya tambahan
pula saya pun tak berupaya menghantar kucing itu dirawat di klinik haiwan
kerana faktor kewangan. Alhamdulillah pihak Sollu Shelter sudi membantu untuk
merawat kucing itu dan saya akan hantarnya ke tempat pertemuan biasa di Shah
Alam.
Namun begitu baru saya perasan cukai jalan motorsikal saya telah tamat
tempoh semalam (Jumaat) dan keadaan motorsikal saya pun sebenarnya tak berada
dalam keadaan baik untuk berjalan jalan. Tapi takpelah demi menyelamatkan nyawa
kucing yang cedera teruk itu, saya ketepikan soal masalah motorsikal saya. Tawakkal sajalah yang penting kucing
itu dapat di serahkan pada Sollu Shelter untuk mendapatkan rawatan. Kalau kena
tahan dan saman dengan pihak berkuasa pun takpelah. Setelah mengharungi dugaan
minyak motorsikal kehabisan menyebabkan saya lewat tiba ke Shah Alam, akhirnya
selamat juga saya serahkan kucing itu kepada Mummy J (Sollu Shelter).
Saya hantar kucing naik motor aje |
Berdasarkan pemerhatian Mummy J, kucing itu didapati ada kesan cakaran akibat
bergaduh dengan kucing lain, kakinya mungkin patah sebab ti ia tak boleh
berjalan, mungkin terdapat masalah pada bahagian tulang belakangnya akibat
jatuh dari tempat tinggi dan terdapat cecair yang keluar dari bahagian
sulitnya. Mummy J akan bawanya ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan.
Ucapan setinggi
penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Mummy J dan team Sollu Shelter kerana sudi membantu
kucing berkenaan. Semoga segala urusan Sollu Shelter dalam membela dan menjaga
kebajikan kucing jalanan yang hidup menderita akan dipermudahkan. Untuk ikuti
perkembangan aktiviti yang dilakukan oleh pihak Sollu Shelter, bolehlah
berkunjung ke laman facebook rasmi Sollu Shelter : https://www.facebook.com/DOM.torettoJr/
Pihak
Sollu Shelter juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk melancarkan
operasi harian mereka. Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun Mummy J :
Maybank 107424075181
Sitti Khadijah Albar. No telefon
019-3725129
Alhamdulillah perjalanan pergi dan
pulang saya berjalan lancar walaupun terdapat kerisauan dihati saya kerana
cukai jalan motorsikal telah tamat tempoh dan keadaan motorsikal yang tak berada
dalam keadaan baik untuk berjalan jauh.
Comments