KUCING JALANAN : SEMOGA ALLAH MENCURAHKAN REZEKI DAN MELINDUNGI KUCING-KUCING JALANAN YANG HIDUP TERBIAR DAN TERABAI DARIPADA DIZALIMI
Semalam hari Jumaat – 23hb Februari
2018 saya ditemukan dengan 2 ekor kucing jalanan di 2 lokasi yang berbeza.
Kedua-duanya adalah kucing betina dan sudah dewasa. Seekor saya jumpa di One
Sierra Selayang berwarna hitam putih dan seekor lagi di Tasik Biru Kundang,
mempunyai 3 warna (calico). Mujurlah dalam beg saya pada ketika itu terdapat
bekalan makanan kucing.
Adalah mustahil untuk saya mengambil
atau membawa pulang semua kucing-kucing jalanan yang jumpa. Ini memandangkan
jumlah kucing jalanan yang terdapat di luar sana terlalu banyak. Saya hanya
beupaya menghulurkan makanan jika terserempak dengan kucing-kucing berkenaan.
Memang sedih dan kasihan melihat keadaan kucing-kucing itu semua yang hidup
terbiar tanpa mendapat makanan yang mencukupi dan tempat perlindungan yang
selamat.
Tasik Biru Kundang |
Insyaallah jika ada rezeki lebih saya
akan berkunjung semula ke tempat-tempat yang telah saya terserempak dengan
kucing-kucing jalanan yang kekurangan sumber untuk mendapatkan makanan. Jika
anda terserempak dengan kucing jalanan, sudikanlah berkongsi rezeki bersama
mereka. Boleh mendapat ganjaran pahala juga. Kasihanilah kucing-kucing jalanan.
Mereka hidup terbiar dan menderita. Saya merayu janganlah ambil jalan mudah
dengan membuang kucing-kucing yang anda sudah tidak mahu membelanya lagi. Jika
ada yang memberi alasan terpaksa buang disebabkan ada penyakit alahan, apa
salah anda letak saja di luar rumah dan sediakanlah makan minum yang mencukupi
untuk kucing berkenaan. Jika khuatir kucing-kucing anda beranak dan membiak dengan
banyak dalam masa yang singkat, mandulkanlah mereka. Bukankah hukumnya harus.
Saya pernah mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Datuk Hassan
Din suatu ketika dulu di TV9 dalam program Tanyalah Ustaz bertajuk “khiamat”,
beliau menyatakan haiwan seperti kucing yang ada kes dengan manusia akan
dibangkitkan pada hari kiamat nanti. Ini berdasarkan tafsir Al-Quran dalam
surah Al-Takwir ayat 5 jika saya tak silap. Untuk apa mereka dibangkitkan?
Sudah pastinya untuk menyelesaikan hal kezaliman yang telah dilakukan oleh
manusia terhadap mereka.
Semoga Allah swt mencurah rezeki buat
kucing-kucing jalanan di luar sana dan melindungi mereka daripada dialimi oleh
manusia dan makhluk-makhluk lain yang boleh mengancam nyawanya.
Comments