DARI RAWANG KE PUNCAK ALAM, PUNCAK ALAM KE HULU LANGAT, HULU LANGAT KE RAWANG : OPERASI MENGAMBIL DAN MENGHANTAR KUCING JALANAN BERANAK 7
Seorang sahabat saya dari Hulu Langat
yang selalu prihatin terhadap nasib kucing-kucing jalanan yang hidup terbiar
dan menderita, telah sudi untuk menjaga seekor ibu kucing terbiar yang telah melahirkan
7 ekor anaknya di sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga di Puncak
Alam, Selangor yang tak dapat menjaga kucing-kucing itu kerana faktor alahan
terhadap kucing. Tapi seekor anaknya telah mati dan tinggallah 6 ekor. Oleh
yang demikian sahabat saya meminta pertolongan saya untuk mengambil kucing itu
berserta anaknya sekali.
Sebenarnya saya agak keberatan untuk membantu
sahabat saya bagi mengambil dan menghantar kucing itu kepadanya. Namun kerana
khuatir sebarang kemungkinan buruk boleh terjadi kepada si ibu kucing dan
anak-anaknya, saya sedia membantu untuk mengambil kucing itu di Puncak Alam dan
kemudian menghantarnya ke Hulu Langat, meskipun terdapat beberapa masalah pada motorsikal
saya. Masalah motorsikallah yang menyebabkan saya agak keberatan membantu pada
mulanya.
Alhamdulillah, perjalanan saya dari
Rawang ke Puncak Alam dan kemudian ke Hulu Langat semuanya berjalan dengan lancar
tanpa sebarang masalah walaupun saya agak risau dengan keadaan motorsikal yang
perlu menempuh perjalanan berbukit di Bukit Ampang untuk ke Hulu Langat. Hari Rabu 14hb Februari 2018, akhirnya selamat juga saya ambil dan serahkan kucing-kucing itu kepada sahabat saya.
Berbanyak terima kasih sahabat kerana sudi menjaga kucing-kucing itu.
Comments