Sepeti yang saya ceritakan pada entri
yang lepas iaitu TERJUMPA 2 EKOR KUCING DIPERCAYAI DIBUANG DI PLAZA TOL LATAR
TAMAN RIMBA TEMPLER, RAWANG, SELANGOR link : https://rezekikucing.blogspot.my/2018/02/terjumpa-2-ekor-kucing-dipercayai.html Hari sabtu semalam 17hb Februari 2018, sewaktu saya hendak memberi makan pada 2 ekor kucing
yang saya jumpa sebelumnya, saya ternampak ada 3 ekor lagi kucing terbiar di
kawasan plaza tol itu. Menurut Pengawal Keselamatan dan pekerja pembersihan
yang bertugas di situ, kesemua kucing-kucing berkenaan memang dibuang disitu.
Seekor jantan berwarna hitam putih dan 2 ekor lagi betina yang sedang bunting.
Ketiga-tiganya berasa takut bila saya hendak mendekatinya. Mungkin
kucing-kucing ini hanya manja dan biasa dibelai oleh tuannya sahaja sebelum
ini. Jadi perlukan sedikit masa untuk membolehkan saya mendekati mereka.
Kemudian saya pun meletakkan bekas
berisi makanan supaya kucing-kucing itu dapat makan. Kasihan melihat
kucing-kucing itu berebut nak makan sedangkan saya hanya ada bawa 1 bekas lebih
dan makanan yang dibawa juga taklah banyak kerana saya tak sangka terdapat 3
ekor lagi kucing di situ.. Macam manalah kucing-kucing ni nak meneruskan
kehidupan kalau sumber untuk mendapatkan makanan memang tiada disini. Kenapalah
tuannya sanggup membuang mereka semua disini. Insyaallah saya akan hantar
makanan sehari sekali untuk kucing-kucing terbiar disini. Hanya sehari sekali
sajalah yang mampu saya beri mereka makan sementara dapat mencari keluarga
angkat yang sudi menjaga mereka semua nanti.
Comments