Pada minggu lepas, sewaktu saya ingin
memberi makan pada kucing-kucing terbiar di plaza tol latar Taman Rimba
Templer. Terdapat seekor anjing liar datang pada saya untuk meminta rmakanan
kucing yang sudah saya buka bungkusannya untuk diberikan pada beberapa ekor
kucing terbiar di situ. Disebabkan kasihan melihat keadaannya yang kurus, saya
pun letakkan makanan ke dalam bekas yang sepatutnya saya beri pada
kucing-kucing berkenaan. Sebenarnya saya memang seorang yang tak suka pada
anjing disebabkan saya kerap dikejar oleh anjing.
Namun disebabkan kasihan melihat
keadaannya yang kurus, saya pun letakkan makanan kucing itu ke dalam bekas yang
sepatutnya saya beri pada kucing-kucing berkenaan. Anjing itu makan dengan
lahapnya walaupun itu hanyalah makanan yang sesuai untuk kucing. Mungkin sudah
beberapa hari tak dapat menjamah makanan memandangkan di kawasan plaza tol
Taman Rimba Templer itu tidak terdapat kedai makan dan kawasan perumahan yang mungkin
boleh untuknya mencari sumber makanan.
Menurut kata Pengawal Keselamatan
yang bertugas di kawasan itu, anjing liar ini sudah berada kawasan plaza tol
latar Taman Rimba Templer ni sejak beberapa bulan yang lalu dan ia pun
sebenarnya takut pada orang. Anjing ini mungkin tak tahu hendak membawa dirinya
ke mana sebab di belakang plaza tol itu hanya terdapat hutan belukar. Hendak pergi
berjalan lebih jauh pula agak sukar kerana kenderaan sentiasa keluar masuk di
kawasan plaza tol itu. Disebabkan raa kasihan sangat melihat keadaaan anjing
itu, apabila setiap hari saya datang ke situ untuk memberi kucing-kucing
terbiar makan, saya akan turut memberinya makanan. Semoga anjing tu selamat di
kawasan plaza tol latar Taman Rimba Templer.
Comments