Skip to main content

BANTULAH KUCING JALANAN DI SOLLU SHELTER

Saya adalah salah seorang sukarelawan bebas yang menjalinkan kerjasama dengan Sollu Shelter dalam usaha membantu menyelamatkan kucing-kucing jalanan malang yang ditimpa musibah dan mengalami kecederaan. Walaupun saya taklah kerap melibatkan diri dalam operasi menyelamat kucing jalanan yang sakit dan perlu dirawat, tapi kebiasaannya jika saya terjumpa kucing jalanan yang sakit atau cedera, pastinya saya akan memaklumkan kepada pihak Sollu Shelter untuk meminta pertolongan dan selalunya pihak Sollu Shelter tak menolak dan sudi menghulurkan pertolongan bagi mendapatkan rawatan dan kemudiannya menjaga kucing-kucing berkenaan.

Marilah kita menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan yang diperlukan oleh pihak Sollu Shelter. Sumbangan anda amatlah diperlukan bagi melancarkan operasi Sollu Shelter yang telah banyak membela nasib dan menyelamatkan nyawa kucing-kucing jalanan yang menderita akibat sakit, cedera akibat kemalangan dan hidup terancam serta dizalimi di luar sana. Anda bantu Sollu Shelter bermakna anda juga membantu kucing-kucing jalanan.

Disalin semula dari facebook rasmi Sollu shelter - DTjr :

Assalamualaikum dan salaam sejahtera semua..

Memandangkan ramai yang bertanyakan soal sumbangan keperluan anak-anak bulus di Sollu Shelter,Hari ini Mummy nak share pada semua, apa yang boleh semua sumbangkan pada kucing-kucing di Sollu Shelter.

Makanan yang kami gunakan di Sollu Shelter adalah StarPro 18kg/bag & PetCuisine 18kg/bag. Namun bagaimanapun kami menerima apa saja jenis makanan yang disumbangkan. Untuk makanan basah pula, kami tiada jenama specific kerana kami gunakan semua brand makanan untuk makanan basah.

Untuk keperluan anak-anak Sollu Shelter, antara yang kami perlukan adalah lapik wee wee pad (25 ke 35 keping sehari- melihat keadaan dan bilangan kucing yang memerlukan). Dan untuk pengetahuan semua, Sollu Shelter menggunakan surat khabar lama SEPENUHNYA. dari playroom, maternity hingga ke Quarantine, Sollu Shelter menggunakan Surat Khabar dan bukan lagi pasir atau pellet kayu.
Ini adalah kerana menggunakan surat khabar adalah jauh lebih mudah dan ekonomi dari menggunakan pasir atau pellet kayu. Untuk surat Khabar, kami memerlukan 5Kg atau 6Kg sehari (untuk lapik & Shredder paper -litter box).

Untuk bahan-bahan pembersihan adalah sabun pencuci (selalunya Mummy akan beli dari Giant/Tesco kerana murah.) Untuk pembunuh kuman, selain dari sabun, kami gunakan peluntur jenama ‘Clorox’. Spray Dettol dan pembersih antiseptic Dettol.

Untuk ubat-ubatan, kami sentiasa memerlukan ubat antibiotik (selalunya Mummy dapatkan dari Dr), pencuci luka, spray luka, iodine, ubat selsema (jika parah kami akan hantar ke vet) dan ubat kutu dan akhir sekali barang-barang rawatan seperti Sarung tangan getah, picagari dan kapas pelbagai guna.

Untuk kos perubatan, bil adalah tidak tentu kerana Sollu Shelter tidak pernah berhenti mencuba menyelamatkan mana yang mampu. Dan semua sedia maklum kes-kes kecemasan kucing tidak pernah habis. Sehingga kini bil tertunggak Sollu Shelter di Vet melebihi Rm2000.

Dengan ini, Mummy amat berbesar hati jika ada yang ingin menyumbang pada kami.
Sumbangan bolehlah disalurkan ke;
107424075181
Maybank
Sitti Khadijah Albar

Jika ingin menyumbang apa-apa saja berbentuk makanan atau keperluan bolehlah hubungi Mummy,
0193725129- Mummy J

Terima kasih semua..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.. amiin..

Untuk melihat aktiviti yang dilakukan pihak Sollu Shelter, bolehlah lawati facebook rasmi mereka : https://www.facebook.com/DOM.torettoJr 

Comments