Skip to main content

TRAGIS : SELAMATKAN KUCING BETINA DIBUANG DARI TINGKAT ATAS PANGSAPURI PADA MINGGU LEPAS

Ajaib, disangka telah mati akibat jatuh dari tingkat atas pangsapuri, tapi rupanya kucing betina itu masih hidup.
Pada pagi hari Isnin 07hb. Oktober 2019 minggu lepas, isteri saya telah memberitahu saya ada kucing kena buang dari tingkat atas jatuh ke tingkat 1. Beliau dapat maklumat ini menerusi group whatsapp jiran tetangga. Pada ketika itu saya sedang bersiap untuk pergi bekerja sambilan. Selepas itu saya pun keluar untuk mencari kucing malang berkenaan. Ketika saya berada di hadapan pintu rumah, seorang anak jiran bernama Adira berumur 8 tahun telah menyapa saya “pakcik Azhar ada kucing jatuh kat sini” iaitu di sebelah luar rumahnya.
Kemudian saya pun pun bergegas ke rumah tempat berkenaan. Saya dapati terdpat seekor kucing yang terlah terbaring akibat jatuh dari tingkat atas. Najis besar dan kecilnya turut terkeluar. Saya rasa ia telah mati sepertimana sebelum ini pernah seekor kucing jantan yang jatuh akibat dibuang dari tingkat atas telah mati. Boleh baca untuk imbas semula kisah kucing jantan malang itu di link ini https://rezekikucing.blogspot.com/2019/08/zalim-dan-kejam-seekor-kucing-jantan.html

Selepas itu jiran sebelah rumaih Adira bernama Puan Nora pun keluar mungkin dia perasan saya berada di situ. Saya pun berborak dengan Puan Nora pasal kucing yang jatuh itu. Rupanya Puan Noralah yang telah memberitahu di group whatsapp berkenaan kucing jatuh itu. Kemudian  mak Adira pula keluar dari rumah kerana mungkin dia terdengar saya berborak dengan Puan Nora. Kami bertiga pun berboraklah pasal kucing malang itu.

Tiba-tiba mak Adira perasan kucing itu masih lagi bernafas. Kami semua perhatikan betul-betul. Ternyata ya ia masih bernyawa. Saya pun bertindak cepat pergi ambil sangkar carrier dalam rumah dan setelah masukkannya ke dalam sangkar saya bawalah kucing itu masuk ke dalam rumah. Kucing berkenaan dalam keadaan terbaring.
Bila di rumah saya perhati keadaan kucing itu betul-betul, saya dapati inilah kucing yang baru dibuang 3 hari  sebelum ia dibuang dari tingkat atas. Maklumlah kawasan blok kediaman saya ini, kebanyakan jiran tidak sukakan kucing. Banyak kucing-kucing gelandangan di bawah blok yang turut saya beri makan telah dibuang ke tempat lain. Memang sedih bila mengenangkan soal ini. Dulu pernah juga anak jiran nampak tangan yang menjatuhkan seekor kucing berwarna gelandangan berwarna oren tapi kucing itu hidup dan hanya cedera ringan. Tapi malangnya kucing berkenaan telah ditangkap dan dibuang ke tempat lain oleh jiran tetangga.

Berbalik semula cerita kucing yang ini, saya mula resah memikirkan soal bagaimana saya hendak membawanya ke klinik haiwan. Ini kerana saya tidak mempunyai peruntukkan kewangan untuk bawanya ke klinik untuk dapatkan rawatan. Kemudian saya kongsikan kisah kucing ini di laman facebook saya.

Alhamdulillah ada sahabat facebook saya yang telah sudi menghulurkan sumbangan untuk  membolehkan saya membawa kucing itu ke klinik. Pada mulanya saya hendak bawanya ke klinik haiwan yang biasa saya kunjungi di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Tapi klinik berkenaan tutup pada setiap hari Isnin. Klinik milik kerajaan di Rawang pula tiada doctor.Jadi saya telah meminta cadangan daripada sahabat facebook saya supaya mereka boleh mencadangkan klinik haiwan yang biasa mereka pergi dan tidak mengenakan harga atau caj yang terlalu tinggi kerana saya tidak mempunyai dana dalam jumlah yang banyak.  Kemudian seorang sahabat facebook saya telah mencadangkan saya sebuah klinik haiwan yang terletak di Sungai Buloh, Selangor. Nama klinik haiwan berkenaan ialah “Zul Erwan Veterinary Clinic”.
Ada juga netizen yang mencadangkan saya beberapa klinik haiwan yang lain di beberapa lokasi namun saya lebih cenderung memilih klinik Zul Erwan ini disebabkan faktor jaraknya yang tidak terlalu jauh dari Rawang dan mudah untuk saya pergi ke sana. Kemudian saya pun memaklumkan kepada pihak majikan tempat saya bekerja sambilan itu dan memberitahu saya tidak dapat hadir bekerja pada hari kejadian kerana ada hal kecemasan.

Selepas itu saya pun berangkatlah ke Sungai Buloh dengan menunggang motorsikal. Cuaca pada waktu itu menunjukkan hujan lebat bakal turun. Tapi jika hujan lebat turun sekalipun saya akan redah juga demi untuk menyelamatkan nyawa kucing berkenaan. Ternyata benar hujan lebat turun sehingga saya terpaksa berhenti berteduh seketika bawah pondok hentian motorsikal di highway Guthrie. Disebabkan risau keadaan kucing yang saya bawa itu, akhirnya saya redah juga hujan lebat yang turun pada ketika itu.
Setelah meredah hujan lebat, Alhamdulillah sampai juga saya ke klinik haiwan Zul Erwan di Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh dalam keadaan basah lencun. Saya perhatikan hiasan dalaman klinik ini kelihatan menarik, kemas, bersih dan wangi. Wah tak sangkanya. Kemudian selepas menunggu tibalah giliran saya. Saya masuk ke bilik rawatan dan Doctor yang bertugas pada waktu itu adalah Doctor Amir.
Beliau telah memeriksa kucing berkenaan dan apa yang mengejutkan saya, Doctor Amir kata tiada sebarang kecederaan walaupun kucing itu kelihatan lemah dan tidak boleh berjalan dengan normal. Doctor Amir mencadangkan saya bawa kucing berkenaan ke sebuah klinik haiwan yang ada menyediakan perkhidmatan x-ray di Bukit Rahman Putra, juga di Sungai Buloh. Tidaklah terlalu jauh dari Pusat Komersial TSB.  Di klinik Zul Erwan ini saya tidak dikenakan sebarang caj. Jadi saya tidak perlu membayar sesen pun. Alhamdulillah.
Saya pun ke klinik haiwan yang dicadangkan oleh Doctor Amir. Nama klinik haiwan itu BRP Animal Clinic & Surgery. Kebetulan setibanya saya di klinik itu tiada pelanggan. Jadi saya tidak perlu menunggu. Sekali lagi kucing berkenaan diperiksa oleh Doctor bertugas dan beliau juga bersependapat dengan Doctor Amir bahawa kucing itu tidak mengalami kecederaan luaran dan kemudian beliau melakukan x-ray untuk memastikan kucing itu benar-benar tidak mengalami kecederaan serius.
Ternyata hasil keputusan ujian x-ray menunjukkan kucing itu tidak mengalami kecederaan dalaman. Namun doctor menyuruh saya mengurungnya dan memantau keadaannya selama seminggu untuk melihat keadaannya sama ada boleh bangun atau berjalan. Jika tidak boleh bangun dan berjalan, saya perlu bawanya semula ke klinik untuk pemeriksaan lanjut kerana mungkin terdapat masalah dengan saraf. Kemududian doctor telah memberinya ubat dan memasukkan air melalui badannya. Di klinik ini saya telah dikenakan caj sebanyak RM 243.00 untuk pemeriksaan / rawatan dan x-ray.
Alhamdulillah kini telah seminggu berlalu dan seminggu juga ia berada bawah jagaan serta pemantauan saya. Kucing ini kelihatan telah mampu bangun dan berjalan. Pembuangan najisnya juga nampak normal. Selapas ini saya akan mandulkannya dan hendak mencari penjaga baru buatnya. Jika ada sesiapa yang boleh beri penjagaan dan perlindungan dengan baik buatnya boleh hubungi melalui whatsapp 011 – 2858 6242 lokasi saya di Rawang, Selangor.  

Comments