Pada pagi semalam sewaktu saya hendak pergi ke kedai runcit berhampiran rumah saya, saya jumpa seekor anak kucing yang masih kecil anggaran usia dalam 1 bulan lebih. Anak kucing itu mengiau-giau dan memandang ke arah saya. Saya pun angkat dan bawanya ke tempat yang biasa saya letakkan makanan biskut kucing di bawah pangsapuri. Mungkin dia baru saja dibuang kerana saya tidak pernah nampaknya sebelum ini dan malam tadi masa saya balik dari kerja sambilan pun tidak pula nampak anak kucing ini. Kemudian saya membiarkannya seketika di situ kerana hendak pergi ke kedai runcit yang jarak tidaklah dari rumah saya dan hanya pergi sekejap sahaja. Bila saya balik nanti saya akan bawanya ke rumah saya dan saya akan mencari keluarga angkat yang sudi menjaganya nanti. Saya tidak dapat menjaganya kerana dalam rumah saya sudah ada banyak kucing. Sekembalinya saya dari kedai, saya dapati anak kucing itu sudah tiada di tempat berkenaan. Kebetulan saya ternampak seorang kanak-kanak lelaki (