Skip to main content

PEMBUANG KUCING ZALIM : KUCING BUNTING YANG DIBUANG BAWAH KEDIAMAN PANGSAPURI TELAH BERANAK

Baru-baru ini seekor kucing betina bunting yang jinak telah dibuang bawah kediaman pangsapuri saya. Saya rasa sebab dia dibuang sudah tentulah kerana bunting dan tuannya yang zalim itu tidak sanggup membelanya bersama anaknya yang bakal lahir.
Kucing betina memang kerap menjadi mangsa pembuangan oleh tuannya yang zalim dan tidak bertanggungjawab. Bagaimanakah kucing betina yang telah beranak hendak menjaga anaknya dengan selamat di lokasi dia dibuang sedangkan tiada tempat sesuai dan selamat untuk dia menjaga anak-anaknya? Tidakkah ini boleh mendatangkan penderitaan dan keselamatan terancam buat si ibu dan anaknya yang baru dilahirkan itu?  

Nasihat saya kalau tidak sanggup membela dan bertanggungjawab membela anak-anak kucing yang dilahirkan oleh kucing betina yang anda telah bela mereka sejak kecil, lebih baik jangan bela kucing langsung. Lebih baik anda beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang dibuang di merata tempat.

Sesiapa yang simpati dan boleh ambil tanggungjawab menjaga serta memberi perlindunga buat ibu kucing dan 3 ekor anaknya yang baru lahir ini, bolehlah email saya di rezekikucing@gmail.com lokasi saya di Rawang, Selangor. Saya hanya dapat membantu dari segi menyediakan makanan dan air buat ibu kucing ini. Tidak dapat memberi penjagaan dan perlindungan buat mereka dalam rumah kerana dalam rumah saya sudah terdapat banyak kucing.

Comments