“Kenapa kita begitu tegas serta lantang soal jiran
tetangga yang memelihara kucing dan memberi makan pada kucing-kucing
gelandangan? Kenapa kita buta tuli soal lain-lain permasalahan di kawasan kejiranan
contoh seperti masalah sampah-sarap yang dibuang merata-rata, menghalang
kenderaan lain di kawasan parkir, masalah pembiakan nyamuk aedes, kerosakan
harta bersama atau kemudahan penduduk akibat vendalisme, kecurian motorsikal yang
kerap berlaku, bersekedudukan tanpa ikatan sah serta masalah sosial dan
lain-lain lagi”.
Asalnya ada seorang jiran tetangga yang berkongsi kisah seorang mufti
yang mengeluarkan kenyataan seperti berikut :
Kemudian mulalah cerita beberapa orang jiran yang terlibat dalam hal ini
menyatakan hasrat dan sepakat ingin menangkap kucing-kucing yang berkeliaran di
kawasan pangsapuri nanti.
Saya pun selalu ambil kucing-kucing yang orang buang bawah pangsapuri
dan jaga mereka dalam rumah kerana saya berasa kesian dan bimbang kucing-kucing
itu diapa-apakan. Tapi bila kerap orang buang kucing di kawasan pangsapuri saya
ini, saya pun tak dapat membawa kucing-kucing itu ke dalam rumah untuk diberi
penjagaan dan perlindungan. Maklumlah saya duduk rumah pangsapuri yang kecil.
Sebenarnya saya sendiri pun selalu bersihkan najis kucing depan lift
mahu pun di kaki 5 di tingkat 1 dan bawah. Bukan setiap hari pun terdapat
najis-najis kucing. Cuma sesekali sahaja. Namun apa boleh buat saya tinggal di
kawasan kejiranan yang tidak sukakakan kucing. Mereka akan sentiasa menyalahkan
kucing seolah-olah kucing terlalu jahat dan sentiasa buang najis 24 jam setiap
hari.
Saya berasa kecewa dan sedih membacanya. Apalah nasib yang bakal menimpa
pada kucing-kucing bertuan dan gelandangan yang berkeliaran di luar sana nanti.

Comments