Skip to main content

KUCING GELANDANGAN DI SEBUAH R & R LEBUHRAYA : SEMOGA OREN CEPAT SEMBUH

Si Oren ini adalah kucing gelandangan yang terdapat di sebuah R&R. Dia telah dibuang disini kira-kira sebulan yang lalu dalam keadaan yang kurus kering sehingga menampakkan kesan tulangnya. Dulu ntah berapa lamalah dia tidak dapat menjamah makanan dan sebab itulah dia sangat kurus masa baru kena buang di sini. Memang zalim orang yang membuangnya. Bukan mudah kucing-kucing yang dibuang hendak mendapatkan makanan. Mereka menderita kelaparan dan boleh mati akibat kebuluran.
Untuk pengetahuan anda kedai-kedai makan di R&R ini kurang dikunjungi oleh pengguna lebuhraya pada hari biasa. Pada hari hujung minggu atau cuti umum pun bukanlah ramai sangat pengunjung yang singgah menjamu selera dan tambahan pula kedai-kedai di R&R ini hanya beroperasi hingga pukul 9 malam pada hari biasa manakala hujumg minggu / cuti umum hingga pukul 10 malam.

Alhamdulillah sekarang ini si oren ini semakin berisi tapi kini dia sakit. Saya pun tidak apa masalahnya cuma yang saya nampak dia mengalami selsema, monyok dan tidak aktif. Sebenarnya saya cukup risau bila ada kucing-kucing gelandangan yang saya beri mereka makan setiap hari itu jatuh sakit. Ini kerana saya tidak berupaya membawa mereka ke klinik haiwan untuk rawatan. Maklumlah nak bawa ke klinik perlukan keluarkan kos perbelanjaan. Jika saya mampu dari segi kewangan tiada masalah.
Tapi saya ikhtiar jugalah merawat jika ada kucing yang sakit dengan cara sendiri iaitu memberi mereka makan suplemen semulajadi seperti minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara juga boleh disapu pada luka kucing.

Selain itu juga saya ada menggunakan “nano water”seperti yang dicadangkan oleh sahabat facebook saya. Alhamdulillah sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang positif dalam merawat kucing yang sakit cuma saya kenalah rajin merawat mereka sehingga pulih.  

Harap si oren ini cepat sembuh dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius. Insya Allah saya akan ikhtiar sebaik yang boleh.

Comments