Hari ini seperti biasa saya keluar untuk bekerja
sambilan sebagai pengutip sampah di lebuhraya bertol. Pada pagi tadi sewaktu
saya dalam perjalanan ke kawasan kerja kutipan sampah saya telah ternampak
seekor kucing hutan rebah kaku di tepi jalan. Kemudian saya berhentikan
motorsikal dan melihat dengan lebih dekat. Saya dapati kucing hutan itu telah
mati dan melihat keadaannya saya rasa ia mati akibat dilanggar kenderaan.
Ini merupakan kali kedua saya jumpa kucing hutan mati
akibat dilanggar kenderaan dalam kawasan lebuhraya bertol ini. Kali pertama
saya jumpa pada 26 Jun bulan lepas. Memang cantik kucing hutan itu. Tapi sayang
mereka telah mati. Ini juga mungkin berpunca daripada gangguan habitat mereka
akibat pembangunan lebuhraya yang menganggu kawasan atau laluan mereka dan ini
sedikit sebanyak memberi kesan pada populasi kucing hutan dan juga haiwan liar
yang lain.
Comments