Pagi tadi semasa bekerja sambilan seperti biasa saya
akan meronda dengan menunggang motorsikal di kawasan yang telah ditetapkan
untuk mengutp sampah-sampah yang dibuang oleh penguna highway. Maaf atas
sebab-sebab tertentu saya terpaksa merahsiakan nama highway berkenaan.
Sebelum itu saya telah singgah di stesen Petronas
untuk membeli bekalan makanan memandangkan tempat saya bekerja dalam kawasan
highway itu tiada kedai makan. Selepas
menunggang lebih kurang 1 km dari stesen Petronas itu, tiba-tiba di simpang 4
jalan yang menghubungkan jalan ke taman perumahan dan highway saya ternampak
seekor kucing bunting berwarna oren seperti hilang arah dan tidak tahu hendak
ke mana.
Tidak mungkin kucing itu sesat dan boleh sampai ke
situ memandangkan jalan di situ sibuk dengan kenderaan yang boleh menyebabkan
dia dilanggar dan bersebelahan jalan itu hanya ada kebun. Saya berpendapat
kucing itu baru saja dibuang di situ.
Kemudian saya memanggilnya untuk memberi
makan dan ingin membelainya tapi dia lari masuk ke dalam longkang dan menjauhi
saya. Saya letak juga makanan dan bergerak jauh sikit agar dia makan makanan
yang saya letak itu. Mungkin sebab terlalu lapar akhirnya dia datang juga
makan.
Dengan rasa kecewa, sedih dan marah kepada si pembuang
kucing, Saya terpaksa tinggalkannya di situ sebab saya kena bergerak ke lokasi
lain untuk membuat kerja kutipan sampah. Nak pindahkannya ke lokasi lain susah
juga jika saya tidak boleh mendekatinya. Insha Allah jika dia masih berada di
sekitar situ esok, saya akan cuba lagi menjinakkannya dan pindahkannya ke
lokasi selamat. Harap saya dapat bertemunya semula esok.
Comments