Virus
Pembunuh Kucing atau Parvo telah meragut nyawa kucing-kucing bawah jagaan saya dan
seekor demi seekor pergi buat selamanya.
Pada
7hb. April 2020 bermulalah trajedi
meragut nyawa kucing-kucing bawah jagaan saya seekor demi seekor. Saya rasa ia
bermula selepas saya membawa tiga ekor anak kucing iaitu Misha (anggaran usia 2
bulan, Cik Lang (usia 7 bulan) dan Kiki (8 bulan) untuk menerima rawatan
disebabkan masalah cacing, kutu dan fungus.
Boleh
baca semula kisah saya bawa Misha, Cik Lang dan Kiki ke klinik di pautan link
ini :
Kemudian
seekor demi seekor anak kucing itu mengalami cirit teruk dan muntah-muntah.
Jika sebelum ini mereka semua ceria tapi selepas beberapa hari pulang dari
klinik, tiba-tiba kelihatan monyok dan comot sebab terlalu kerap mengalami cirit
serta muntah.
Pada
mulanya saya tidak menjangka kucing-kucing itu mengalami masalah kesihatan yang
serius. Namun apabila seekor demi seekor pergi meninggalkan saya buat selamanya
bermula dengan Misha selepas itu dikuti Cik Lang, saya mula rasa tidak sedap
hati. Saya rasa ada masalah serius sedang melanda dalam rumah saya.
Berdasarkan
bacaan dan rujukan di internet, saya syak ia adalah virus pembunuh atau parvo
sedang menyerang kucing-kucing yang berusia bawah setahun dan lemah antibodinya.
Tiada ubat khas untuk memulihkan kucing-kucing yang dijangkiti virus Parvo ini.
Apa
yang boleh saya lakukan hanya membantu menguatkan antibodi kucing-kucing yang
dijangkiti dengan memberi makanan tambahan atau suplemen seperti susu kambing asli,
madu lebah asli, minyak kelapa dara, vitamin pro mill’s dan vetri dmg.
Selain
itu saya turut menyembur seluruh kawasan rumah saya dengan spray disinfectant
atau nyah kuman anti bakteria, virus dan kuman.
Masalah
ini memang amat memeningkan dan merisaukan saya. Saya tidak sanggup kehilangan
kucing-kucing bawah jagaan saya. Saya belum bersedia lagi sebab saya amat
sayangkan mereka semua.
Saya
berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kucing-kucing yang dijangkiti virus
parvo pembunuh kucing. Tapi malangnya selepas itu Tom pula pergi meninggalkan
saya buat selamanya. Kemudian kesokkannya diikuti Chat dan Mimi. Selepas empat
hari Mielo pula pergi walaupun seolah Mielo seakan masih ada harapan untuk
diselamatkan. Kemudian Miji pula meninggalkan saya pada 20hb. April. Ini menjadikan
jumlah yang telah pergi meninggalkan kami disebabkan virus parvo adalah tujuh
ekor semuanya.
Memang
luluh hati saya dibuatnya. Saya berasa amat sedih atas pemergian mereka semua.
Keadaan dalam rumah saya terasa sunyi seketika. Kucing-kucing yang telah pergi
buat selamanya itu ada kisah mereka tersendiri.
Hanya Kiki dan Kiko saja
yang terselamat daripada sembilan ekor yang mengalami serangan virus Parvo yang
tiada ubat atau penawar.
Misha saya selamatkan di tengah pembahagi jalan dari sebuah highway. Kisah
Misha boleh baca semula di pautan link ini :
Mimi saya selamatkan dari sebuah kedai makan.
Cik Lang dan Miji
adalah anak si Kecik. Kecik saya ambilnya sebab bekas tuannya sudah tidak mahu
menjaganya lagi atas alasan masalah kesihatan. Kecik terbunting disebabkan saya
terlambat kembirikan Cik Tie seekor kucing jantan yang diselamatkan dari bawah
blok kediaman saya semasa ia kecil. Kini Cik Tie telah selamat dikembirikan.
Chat, Mielo dan Tom adalah anak Daisy. Daisy juga terbunting
seperti Kecik. Dulu semasa Daisy kecil, ia telah dibuang di hadapan rumah saya dan
diletakkan dalam kotak. Kemudian saya serahkan kepada keluarga angkat yang pada
mulanya boleh menjaganya namun selepas setahun Daisy dipulangkan kepada saya
atas alasan dia tidak dapat terus menjaga Daisy atas alasan kesihatan.
Semoga
anak-anak papa yang telah pergi buat selamanya tenang di sana. Insha Allah
mungkin kita semua akan berpeluang bertemu kembali di suatu masa nanti di alam
lain.
Comments
😁
👕👍Great!
👖