TERPAKSA KELUAR RUMAH UNTUK MERAWAT TIGA EKOR KUCING SAKIT WALAUPUN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Walaupun
dalam tempoh “Perintah Kawalan Pergerakan” saya terpaksa juga keluar rumah
untuk membawa tiga ekor kucing menerima rawatan di klinik haiwan.
Pada 30hb Mac 2020 - Isnin saya telah membawa tiga ekor kucing yang
diberi penjagaan dan perlindungan bawah jagaan saya ke sebuah klinik haiwan
yang biasa saya kunjungi untuk menerima rawatan disebabkan mereka mengalami
masalah fungus, kutu telinga dan cirit-birit yang teruk.
Walaupun
perbelanjaan saya dalam tempoh waktu “Perintah Kawalan Perjalanan” ini agak
meningkat disebabkan perlu menyantuni dengan memberi makan kucing-kucing
jalanan / gelandangan di beberapa lokasi kedai yang tutup di sebabkan perintah
ini, namun terpaksa jugalah saya bawa kucing-kucing itu untuk menerima rawatan.
Sebenarnya
saya memang tiada dana khas untuk merawat kucing-kucing sakit yang saya jumpa di
jalanan mahupun kucing sakit bawah jagaan dan perlindungan saya. Tapi tidak
sanggup pula melihat mereka menanggung kesakitan.
Ketiga-tiga
kucing yang saya bawa ke klinik adalah
kucing-kucing yang dselamatkan di jalanan. Seekor anak kucing masih lagi kecil
yang sebelum ini saya selamatkan di tengah pembahagi jalan di sebuah highway
manakala dua ekor lagi berusia dalam empat dan lima bulan diselamatkan dari
bawah blok kediaman saya. Ketiga-tiganya sudah diberi nama “Misha, Cik Lang dan
Kiki. Semoga mereka cepat sembuh dan sihat.
MISHA :
CIK LANG :
KIKI :
Comments