Skip to main content

AKHIRNYA KUCING GELANDANGAN YANG TELAH DIBAWA KE KLINIK UNTUK RAWATAN PERGI JUA

Ia hidup gelandangan setelah dibuang bawah blok kediaman saya sejak 2 bulan lalu. Saya berinya makan setiap hari.
Pada 30hb Mac 2020 seoarang anak jiran telah memberitahu saya kucing jantan gelandangan itu telah berada di luar rumahnya selama tiga hari. Dia juga kata kucing itu muntah mengeluarkan cacing.  Kemudian dia bawa kucing itu ke rumah saya untuk meminta pertolongan. Saya lihat kucing itu berada dalam keadaan lemah dan tidak mahu makan serta minum.
Keesokkan hari 31 hb Mac - saya telah bawanya ke sebuah klinik haiwan yang biasa saya kunjungi untuk menerima rawatan. Doctor memberitahu kucing itu mengalami demam, ulser mulut dan juga masalah cacing. Ulser dalam mulutnya telah menyebabkan ia tidak mahu makan. Ini amat merisaukan saya.
Setelah membawanya pulang dari klinik haiwan saya letakkanya dalam kotak di luar rumah. Saya tidak dapat memberinya perlindungan dan penjagaan di dalam rumah disebabkan dalam rumah saya telah sesak dengan kucing.

Namun begitu setelah balik dari klinik saya dapati keadaanya bertambah lemah dan ia terbaring saja. Saya berinya makan serta minum tapi ia tidak mahu makan. Susah nak buka mulutnya kerana ia mengalami ulser.
Amat menyedihkan akhirnya pada hari Sabtu 04hb April 2020  ia pergi jua selepas selang tiga hari menerima rawatan dari klinik haiwan. Sebenarnya saya tidak menjangkakan ia pergi (mati) walaupun keadaannya lemah. Damailah kamu wahai kucing yang tidak bernama. Maafkan papa kerana papa tidak dapat memberikan kamu penjagaan yang sempurna.
Jangkahayat kucing-kucing yg dibuang itu biasanya pendek @ hidup tak lama disebabkan terdedah pada risiko-risiko seperti berikut :

1) mati kelaparan dan kehausan.

2) mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas dan lain-lain).

3) mati akibat dilanggar kenderaan.

4) mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.

5) mati akibat bergaduh dengan kucing lain.

6) mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.

Dan lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa kucing-kucing yang dibuang itu.

Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab.

Comments

Umialya said…
Akahaiii kesiannya...

Nasib stray cat..
nanisufi said…
_Saya doakan saudara diberikan kesihatan yg baik, pjg usia berkat dan murah rezeki sentiasa untuk terus melakukan kebaikan seumpama ini...aamiien... good luck... hanya Allah saja yg mampu membalas kebaikan saudara ini...