Dalam
perjalanan pulang dari klinik haiwan selepas membawa seekor kucing jantan yang
mengalami penyakit sporo, tiba-tiba motorsikal saya rosak di highway. Sehingga
saya terpaksa menolak motorsikal untuk pulang ke rumah.
Boleh
baca semula kisah motorsikal saya rosak di pautan link ini :
Motorsikal
adalah kenderaan penting buat saya untuk bergerak melakukan kerja amal membantu
kucing-kucing jalanan seperti memberi makan pada kucing-kucing yang dibuang di
lokasi yang tiada sumber makanan, membawa kucing sakit ke klinik haiwan,
menghantar kucing yang telah berjaya mendapat keluarga angkat dan termasuk juga
memberi makan pada anjing jalanan.
Motorsikal
juga digunakan untuk saya melakukan pekerjaan sambilan sebagai “Pengutip Sampah”
di sebuah highway yang memerlukan saya meronda sejauh 30 kilometer untuk
mengutip sampah yang dibuang oleh pengguna highway.
Kerosakan
yang dialami motorsikal saya amat teruk dan kos membaik pulih agak tinggi. Saya
rasa tidak berbaloi untuk dibaiki.
Ketika
ini saya terpaksa menyewa sebuah motorsikal selama sebulan bagi membolehkan
saya melakukan kerja sambilan.
Boleh
baca semula kisah saya sanggup sewa motorsikal di pautan link ini :
Pendapatan
yang saya perolehi dari kerja sambilan juga digunakan untuk membantu haiwan
jalanan yang kurang bernasib baik serta bergerak memberi makan pada
kucing-kucing jalanan di beberapa lokasi dan ada yang sejauh 33 kilometer dari
kediaman saya.
Oleh
yang demikian, saya dengan rendah diri memohon sumbangan daripada anda yang
prihatin.
Anda
boleh layari laman web berikut https://www.hanafundme.com/product/jom-bantu-azhar-motosikal-diperlukan-untuk-kerja-amal-kepada-haiwan-jalanan/
untuk membuat sumbangan dan akan dipantau secara telus oleh pihak “HanaFundMe.com” Kempen dana yang
diperlukan untuk membeli motorsikal baru adalah sebanyak RM 5,000.00
Atau
boleh juga salurkan ke akaun bank saya : CIMB 7625 9978 51 MOHAMMAD
AZHAR BIN ALIAS
Terlebih
dahulu saya ucapkan berbanyak terima
kasih kepada anda yang telah sudi membuat sumbangan dana untuk pembelian
motorsikal baru agar saya dapat menjalankan kerja amal kebajikan buat haiwan
jalanan yang kurang bernasib baik.
Comments