Sewaktu
membawa pulang seekor kucing sakit sporo baru-baru ini, motorsikal saya mengalami
kerosakan di highway sehingga saya terpaksa menolak untuk pulang ke rumah.
Boleh
baca semula cerita berkenaan motorsikal saya rosak ketika membawa kucing sakit
sporo pada pautan link ini :
Disebabkan
bengkel motorsikal dan kedai alat ganti motorsikal kebanyakkannya tutup atas
arahan Perintah Kawalan Pergerakan, jadi saya tidak dapat membaiki motorsikal
saya yang mengalami kerosakan enjin. Berdasarkan pengalaman saya kemungkinan
besar motorsikal saya mengalami masalah kerosakkan enjin yang teruk dan kos baik
pulih enjin sudah pasti agak tinggi.
Walaupun
motorsikal saya itu masih boleh dibaiki tapi saya bimbang ia akan kembali rosak
dalam masa beberapa bulan. Saya rasa tidak berbaloi nanti. Sebelum ini pun motorsikal
saya pernah mengalami kerosakkan enjin iaitu pistonnya rosak. dan kos
membaikpulih hampir RM 600.00. Bukan itu saja motorsikal saya turut mengalami
pelbagai kerosakan lain juga. Saya telah mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk
membaiki motorsikal saya itu.
Setiap
hari saya perlu bergerak dengan motorsikal sejauh 70 kilometer. Jadi motorsikal
merupakan pengangkutan penting buat saya untuk melakukan kerja-kerja amal / sukarela
terhadap kucing-kucing jalanan / gelandangan seperti bekerja sambilan sebagai “Pengutip
Sampah” di highway demi mendapatkan pendapatan tambahan bagi perbelanjaan
makanan kucing.
Disamping
itu juga motorsikal adalah pengangkutan penting buat saya untuk bergerak ke
beberapa lokasi bagi memberi makan kepada kucing-kucing jalanan / gelandangan. Bukan
itu saja jika terdapat kucing sakit yang perlu diselamatkan, dengan
motorsikallah saya membawa kucing-kucing sakit ke klinik haiwan untuk rawatan.
Selain
itu juga saya turut menjalankan usaha mendapatkan penjaga baru / keluarga
angkat buat kucing-kucing jalanan. Jadi apabila ada kucing yang berjaya mendapat
keluarga angkat, saya akan hantar kucing bertuah itu kepada keluarga angkat
mereka.
Jadi
sebab itulah saya sanggup menyewa sebuah motorsikal selama sebulan buat
sementara waktu ini dengan caj sewaan sebanyak RM 330.00. Saya tidak mahu
urusan kerja amal saya ini tergendala. Saya berharap dapat mengumpul wang bagi
membeli sebuah motorsikal baru. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan saya
bagi membeli motorsikal baru agar saya dapat meneruskan kerja amal / sukarela
buat kucing-kucing jalanan yang kurang bernasib baik.
Comments