Kucing-kucing
jalanan amat mengharapkan rasa simpati dan belas ihsan daripada pemilik kedai makan, pekerja
dan juga pengunjung atau pelanggan yang mengunjungi kedai-kedai makan untuk
mendapat secebis sisa makanan. Hanya dengan cara inilah kucing-kucing terbiar
itu mendapat sumber makanan. Selain itu ada juga kucing-kucing jalanan yang
hidup terbiar berkeliaran di kawasan belakang kedai dan menyelongkar tong-tong
sampah untuk mencari sisa-sisa makanan.
Oleh
yang demikian, bagaimana kucing-kucing jalanan yang asalnya bertuan sebelum dibuang
di kedai-kedai makan boleh mendapatkan sumber makanan sedangkan hampir semua
kedai makan tutup atau tidak beroperasi sepanjang tempoh “Perintah Kawalan
Pergerakan”?
Jadi
sebagai pencinta kucing sejati yang berasa amat sedih mengenangkan nasib
kucing-kucing jalanan yang hidup terbiar di kawasan lot-lot kedai pada ketika
ini, maka kini setiap hari saya akan meronda di beberapa kawasan lot kedai
terutamanya di kawasan yang terdapat premis kedai makan. Memang banyak
kucing-kucing terbiar yang hidup gelandangan di kawasan lot-lot kedai yang saya
temui. Mereka semua kelaparan serta kehausan.
Jika
sebelum tempoh PKP dilaksanakan, saya lebih banyak memberi tumpuan kepada
kucing-kucing terbiar yang terdapat di beberapa hentian highway, kini saya juga
perlu membantu kucing-kucing jalanan yang hidup terbiar di kawasan lot-lot
kedai. Ini sudah tentu meningkatkan perbelanjaan saya untuk membeli makanan.
Walaubagaimanapun,
syukur Alhamdulillah ada juga sahabat-sahabat facebook saya yang prihatin telah
sudi menhulurkan sumbangan untuk perbelanjaan makanan buat kucing-kucing
terbiar di merata tempat itu. Ini sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan yang
perlu saya keluarkan.
Selain
itu juga ada pihak syarikat pengeluar makanan kucing (SmartHeart) yang telah
sudi memberi saya sumbangan makanan kucing secara “one-off” (sekali sahaja)
disebabkan PKP. Ini menunjukkan pihak syarikat berkenaan juga amat prihatin
terhadap nasib kucing dan anjing jalanan sepanjang tempoh PKP ini.
Dalam
pada rasa gembira kerana menerima sumbangan makanan kucing, tapi hakikatnya
saya masih berasa sedih atas kehilangan tujuh ekor kucing bawah jagaan saya
akibat serangan virus parvo baru-baru ini dan ditambah pula dalam tempoh PKP
ini saya telah terserempak dengan beberapa ekor kucing yang sudah tidak
bernyawa lagi di beberapa lokasi.
Semuanya
ditemui mati dalam keadaan tragis. Ada kucing yang sudah tidak bernyawa itu
saya temui ketika sedang meronda di kawasan lot kedai bagi mencari
kucing-kucing terbiar untuk diberi makanan.
Saya
rasa kucing-kucing yang sudah tidak bernyawa itu mungkin ada yang mati kerana
kelaparan dan juga mati akibat dilanggar kenderaan ketika berkeliaran mencari
makanan disebabkan terlalu lapar. Paling tragis saya temui seekor kucing betina
yang mati hingga terkeluar anak dalam kandungannya. Menitis air mata saya
ketika kebumikannya.
Ada
juga seekor kucing betina bersama tiga ekor anaknya yang baru lahir ditemui di
sebuah kawasan medan selera yang tiada satu kedai pun beroperasi disebabkan
PKP. Bayangkan bagaimana kucing itu hendak mendapatkan makanan?
Malangnya
dalam tempoh PKP ini yang menyebabkan banyak premis perniagaan tidak boleh
beroperasi seperti biasa, tapi masih terdapat mereka yang tidak
bertanggungjawab membuang kucing-kucing di kawasan lot kedai makan, medan
selera di R&R dan kedai menjual makanan haiwan tanpa rasa bersalah dan
kesian terhadap kucing-kucing yang dibuang itu. Tolonglah jangan buang kucing.
Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab.
Baru-baru
ini saya berkesempatan singgah di beberapa medan selera di dalam kawasan
R&R. Saya dapati medan selera berkenaan diarah tutup disebabkan PKP. Jadi
medan selera itu lengang dan sunyi. Saya telah meronda di kawasan medan selera
dan menemui si ibu kucing bersama empat ekor anaknya dibelakang kawasan gerai.
Kesian melihat mereka. Bagaimana si ibu dan anaknya itu boleh meneruskan hidup
tanpa sumber makanan?
Tolonglah
jangan buang kucing. Tambah dalam tempoh PKP ini kucing-kucing yang telah
dibuang di kawasan kedai makan dan medan selera itu tiada sumber makanan yang
boleh mereka perolehi. Kucing-kucing yang dibuang itu boleh mati kebulur dan
kehausan. Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab.
Jangkahayat
kucing-kucing yg dibuang itu biasanya pendek @ hidup tak lama disebabkan
terdedah pada risiko-risiko seperti berikut :
1)
mati kelaparan dan kehausan.
2)
mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas
dan lain-lain).
3)
mati akibat dilanggar kenderaan.
4)
mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.
5)
mati akibat bergaduh dengan kucing lain.
6)
mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.
Dan
lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan yang boleh mengancam keselamatan dan
nyawa kucing-kucing yang dibuang itu.
Jadilah
pemilik kucing yang bertanggungjawab.
Setiap
manusia itu lebih utama untuk berusaha dalam memastikan dirinya ditempatkan
oleh Allah S.W.T ke dalam syurga melalui amalan soleh di dunia. Seperti yang
diketahui, menjaga kebajikan haiwan-haiwan peliharaan adalah termasuk dalam
amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.
Marilah
bersama-sama memupuk nilai ihsan kepada haiwan kerana boleh jadi itulah asbab
kita yang membantu ke syurga kelak. Wallahua’lam.
Comments
rmai client saya sgt brpuashati lepas pkai penapis udara.rumah pun tk brdebusgt...nak tau lebih wspla.
sy juge uruskan pemasangan utk syarikat..
https://e-kantinsekolah.blogspot.com/2020/10/kucing-dan-haiwan-lain-di-kantin-sekolah.html