Mujur
saya bawa motorsikal dengan perlahan. Cemas dibuatnya. Takut ia cuba melintas
jalan.
Pada 10hb Februari (Isnin) yang lepas, setelah selesai kerja sambilan saya dan
hendak menuju ke sebuah hentian R&R di sebuah highway, saya telah ternampak
seekor anak kucing berada di bahagian tengah pembahagi jalan. Saya lihat ia
seperti bergerak. Pasti ia masih hidup.
Kemudian saya memberhentikan motorsikal dan melintas
ke tengah jalan untuk mendapatkan anak kucing itu. Memang benar ia masih hidup
dan terkejut melihat saya apabila mendekatinya. Saya pun terus menangkapnya
kerana takut ia dilanggar kenderaan. Anggaran usia anak kucing ini dalam 2
bulan.
Saya dapati terdapat luka kecil dibahagian telinganya serta
mulutnya seakan berdarah sedikit dan juga pada bahagian bontotnya terdapat
najis serta berdarah sedikit. Saya lihat keadaan luaran anak kucing itu
tidaklah mengalami kecederaan yang serius. Harap bahagian dalamannya tidak
mengalami seberang kecederaan.
Tidak pasti sama ada anak kucing ini terjatuh dari
bahagian enjin kereta atau pun ada pihak yang sengaja lepaskan anak kucing ini.
Di hentian highway juga terdapat kucing yang sengaja di lepaskan di situ
termasuklah anak kucing. Dulu saya pernah juga selamatkan anak kucing yang
dibuang di sebuah hentian highway. Pekerja pembersihan warga Indonesia kata dia
nampak ada orang memberhentikan kereta kemudian buang seekor anak kucing.
Boleh
baca semula kisah saya selamatkan anak kucing berkenaan di pautan ini :
Saya telah membawa anak kucing itu pulang ke rumah.
Jika ada keperluan saya akan bawanya ke klinik haiwan. Alhamdulillah setakat
ini saya dapati keadaannya tidak menunjukkan ia sedang mengalami kesakitan.
Syukur sangat anak kucing bertuah ini tidak dilanggar atau digilis kenderaan.
Saya kerap juga menemui kucing dewasa dan anak kucing
yang sudah tidak bernyawa lagi akibat dilanggar dan digilis di kawasan highway tempat
saya bekerja. Dulu pernah sekali saya selamatkan seekor kucing jantan yang
berkeliaran di kawasan highway.
Boleh
baca semula kisah kucing jantan yang saya selamatkan di pautan ini :
Comments