Pada
9hb Februari (Ahad) yang lepas seperti biasa saya membuat rondaan di kawasan
kerja saya di sebuah highway untuk mengutip sampah tiba-tiba saya ternampak seekor
monyet bersaiz besar dalam keadaan terbaring kaku.
Lalu saya pun memberhentikan
motorsikal dan mendekatinya. Oh! Kesiannya ianya seekor monyet jantan bersaiz
besar yang telah mati dilanggar kenderaan. Di tepi jalan itu juga terdapat
kesan percikan darahnya.
Memang
kerap saya jumpa monyet mati dilanggar dalam kawasan kerja saya di highway ini.
Paling tragis saya jumpa 3 ekor monyet bergelimpangan mati akibat dilanggar
kenderaan.
Boleh baca semula dipautan
ini :
Sebagai
pencinta haiwan, kejadian ini memang menyedihkan. Apatah lagi menyaksikan
hampir setiap ada saja penemuan haiwan atau hidupan liar mati dilanggar
kenderaan di kawasan highway tempat saya bekerja.
Comments