Kucing
jantan berkudis yang dibuang di sebuah hentian highway yang tiada kedai makan
dan jauh dari kediaman manusia itu telah mendapat penjaga baru.
Alhamdulillah
dan berbanyak terima kasih kepada Kak Sharipah kerana telah sudi mengambil
tanggungjawab untuk memberi perlindungan dan penjagaan kepada seekor kucing
jantan yang telah dibuang di sebuah hentian highway dalam keadaan berkudis dan
selsema. Sebenarnya ia baru dibuang di hentian highway berkenaan pada 26hb
Januari 2020 dan kemudian saya telah membawanya ke klinik haiwan untuk menerima
rawatan.
Pada
5hb Februari Kak Sharipah sanggup bersusah payah datang dari Wangsa Melawati ke
tempat saya di Rawang untuk mengambil kucing bertuah itu.
Kisah kucing jantan
bertuah ini boleh dibaca semula dipautan ini :
Sehari sebelum saya keluarkannya dari wad klinik haiwan Nurmi saya telah membuat perkongsian di facebook peribadi saya untuk menemukannya dengan penjaga baru yang sudi ambil tanggungjawab. Jika tiada yang boleh atau sudi ambil tanggungjawab menjaga dan memberinya perlindungan, saya akan lepaskannya semula di hentian highway berkenaan tapi ia tetap akan berada bawah pemantauan saya setiap hari. Di situ juga terdapat beberapa ekor kucing gelandangan dan saya setiap hari ke sana untuk memberi makan pada mereka.
1. https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/kucing-jantan-berkudis-dibuang-di.html
2. https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/bawa-kucing-berkudis-yang-dibuang-di.html
2. https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/bawa-kucing-berkudis-yang-dibuang-di.html
Sehari sebelum saya keluarkannya dari wad klinik haiwan Nurmi saya telah membuat perkongsian di facebook peribadi saya untuk menemukannya dengan penjaga baru yang sudi ambil tanggungjawab. Jika tiada yang boleh atau sudi ambil tanggungjawab menjaga dan memberinya perlindungan, saya akan lepaskannya semula di hentian highway berkenaan tapi ia tetap akan berada bawah pemantauan saya setiap hari. Di situ juga terdapat beberapa ekor kucing gelandangan dan saya setiap hari ke sana untuk memberi makan pada mereka.
Sekali
lagi dikesempatan ini saya ucapkan penghargaan “berbanyak terima kasih” kepada kak Sharipah
dan tidak lupa juga buat sahabat-sahabat facebook saya yang telah sudi
menghulurkan bantuan bagi membolehkan saya membawa kucing jantan bertuah ini ke
klinik haiwan untuk rawatan kudis dan juga selsema. Tanpa bantuan kalian sudah
tentulah saya tidak berupaya membawanya ke klinik.
Comments