Sedih
melihat si anak monyet bersama dua ekor monyet
dewasa (betina dan jantan) ditemui mati bergelimpangan di tepi jalan
dalam kawasan highway tempat saya bekerja. Monyet betina itu dipercayai adalah
ibunya.
Baru-baru
ini pada 02hb Februari 2020 sewaktu sedang meronda untuk mengutip sampah yang
dibuang oleh pengguna highway, tiba-tiba di suatu kawasan highway, saya telah
menemui 3 ekor monyet mati bergelimpangan di tepi jalan akibat dilanggar oleh
kenderaan yang menggunakan highway tempat saya bekerja itu.
Saya
memang biasa menemui monyet mati dilanggar kenderaan di highway itu tapi
bilangannya tidaklah tiga ekor sekaligus. Tambah pula saya lihat kecederaan
yang dialami oleh ketiga-tiga monyet yang ditemui mati ini tidaklah terlalu
parah. Anggota badan mereka semuanya tidak mengalami kecederaan luaran.
Sebagai
pencinta haiwan, situasi ini memang menyedihkan. Saya biasa juga melihat
monyet-monyet berkeliaran di suatu kawasan highway tempat saya bekerja ini
namun belum pernah lagi terserempak mereka melintas jalan. Sebaliknya bila
mereka ternampak saya mereka akan lari masuk ke dalam hutan dan lading kelapa
sawit.
Faktor
pembangunan lebuhraya untuk keselesaan manusia telah menyebabkan nyawa haiwan
liar yang terdapat di kawasan sekitar itu juga turut terancam. Bukan saja
monyet, malah pelbagai haiwan liar yang telah saya temui mati akibat dilanggar
kenderaan seperti kucing hutan.
Boleh baca semula
perkongsian cerita saya berkaitan PELBAGAI
BINATANG LIAR DI TEMUI MATI DI KAWASAN HIGHWAY pada pautan ini :
Comments