Pekerja
Pembersihan (Cleaner) warga Indonesia ternampak sebuah kereta berhenti kemudian
lepaskan seekor anak kucing.
Pada
15hb. November 2019 yang lalu, saya telah menyelamatkan seekor anak kucing
berwarna putih oren anggaran anggaran usia dalam 2 bulan yang telah dibuang di
sebuah hentian highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kediaman manusia.
Setiap
hari saya akan singgah di hentian highway berkenaan untuk memberi makan pada
kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Saya telah lakukan aktiviti
beri kucing gelandangan makan di tempat itu sejak bulan march tahun lepas.
Bila
saya tiba di hentian highway berkenaan dalam keadaan hujan pada ketika itu,
seorang cleaner memberitahu saya ada orang buang seekor anak kucing. Dia
ternampak sebuah kereta berhenti kemudian lepaskan anak kucing itu dan segera
beredar.
Cleaner
beritahu anak kucing itu sedang menyorok disebalik siling lama yang disandarkan
pada dinding bahagian luar surau. Kemudian saya segera dapatkan anak kucing itu
dan saya lihat anak ia hampir lencun terkena air hujan. Kesian melihat
keadaannya.
Sudah
pasti saya akan bawanya pulang walaupun pada ketika itu saya sedang dalam waktu
bertugas. Selepas itu saya pun kongsikan kisah anak kucing ini di facebook
peribadi saya agar ada sahabat yang boleh memberinya penjagaan dan
perlindungan. Saya tidak dapat memberi penjagaan dan perlindungan selamanya
kerana keadaan tidak mengizinkan kerana dalam rumah kecil saya sudah terdapat
24 ekor kucing.
Alhamdulillah
kemudian seorang sahabat facebook memberi maklumbalas bahawa beliau boleh
memberi penjagaan dan perlindungan tergadap anak kucing itu. Lega rasanya. Tapi
saya tidak boleh bawa anak kucing itu pulang segera ke rumah kerana saya masih
dalam waktu bertugas. Jadi kenalah bawanya bersama ketika saya sedang bertugas
meronda dengan motorsikal untuk mengutip sampah di kawasan highway. Kesian anak
kucing itu kena bertahan dalam beg selama 5 jam sebelum saya tiba di rumah.
Telah selamat tiba di rumah saya dan dibersihkan |
Comments