SAYANGI KUCING SEPERTI AHLI KELUARGA SENDIRI. ALHAMDULILLAH SELAMAT ULANGTAHUN KELAIHIRAN BUAT CIK KAM DAN DINAS
Cik
Kam dan Dinas telah dilahirkan oleh ibunya yang diberi nama Chibi. Chibi
merupakan kucing betina yang dibuang bawah blok kediaman saya pada suatu
ketika.
Pada
tarikh 01hb Februari yang berlalu beberapa hari yang lepas dua ekor kucing
bawah jagaan saya telah genap usia 4 tahun. Cik Kam (jantan) dan Dinas (betina) dilahirkan pada
01hb Februari 2016. Alhamdulillah mereka berdua sihat. Cuma Cik Kam dan Dinas
sukar bergaul dengan kucing-kucing lain yang terdapat dalam rumah saya. Mana
tidaknya asalnya saya hanya jaga mereka berdua saja selepas ibunya Chibi
meninggalkan kami selamanya.
Kisah Chibi pernah saya
ceritakan dulu dan boleh baca semula di pautan ini :
https://rezekikucing.blogspot.com/2017/02/chibi-ibu-dinaz-bekas-kucing-gelandangan.html
Kamudian selepas hampir setahun kemudian saya telah mula membawa masuk beberapa ekor kucing untuk diberi perlindungan dan penjaan sepenuhnya dalam rumah. Maka Cik Kam dan Dinas terpaksalah berkongsi kediaman papa mereka yang kecil ini bersama kucing-kucing lain. Hingga kini Cik Kam dan Dinas masih tidak dapat menerima kehadiran kucing-kucing lain dalam rumah. Kesian juga melihat Cik Kam dan Dinas. Mereka terpaksa mengalah. Dinas sebenarnya adalah kucing kurang upaya penglihatan tapi Dinas masih berupaya berjalan dengan sendiri.

Tapi
apakan daya saya perlu juga beri perlindungan dan penjagaan buat kucing-kucing
kurang bernasib baik yang sebelum ini hidup terbiar dan gelandangan. Semoga Cik
Kam dan Dinas sentiasa berada dalam keadaan baik, sihat sejahtera dan
dipanjangkan umur. Insha Allah papa akan jaga Cik Kam, Dinas dan begitu juga yang
lain dengan sebaiknya.
Cik Kam dan Dinas semasa kecil |
Cik Kam |
Dinas |
Comments