Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

JUMPA DUA EKOR ANAK KUCING MATI DILANGGAR DAN DIGILIS KENDERAAN DI LEBUHRAYA BERTOL

Pada hari Rabu 28 Ogos dan hari Sabtu 24 Ogos saya telah menjumpai dua ekor anak kucing mati akibat dilanggar dan digilis kenderaan di lebuhraya bertol sewaktu saya sedang menjalankan kerja rondaan dengan motorsikal untuk mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh pengguna di lebuhraya berkenaan. Mustahil anak kucing itu boleh berjalan hingga ke kawasan lebuhraya yang jauh dari kawasan kediaman manusia. Mungkin ada yang berpendapat bahawa anak-anak kucing yang saya jumpa mati dilanggar dan digilis kenderaan itu telah tidur di bahagian enjin kereta dan kemudian terjatuh selepas kereta bergerak beberapa kilometer. Ada juga kemungkinannya begitu tapi tidak mustahil juga ada pihak yang sengaja melepaskan anak-anak kucing itu di kawasan lebuhraya. Sebelum ini saya pernah juga jumpa seekor kucing dewasa yang mati digilis hingga hancur di lebuhraya yang sama dan lokasinya amat jauh dari kawasan kediaman manusia. Saya rasa ini tindakan yang memang disengajakan iaitu membuang kucing di

ZALIM DAN KEJAM : SEEKOR KUCING JANTAN MATI AKIBAT DIBUANG DARI TINGKAT ATAS KEDIAMAN PANGSAPURI

Pada pagi semalam sewaktu saya hendak pergi berkerja sambilan, saya telah disapa oleh seorang makcik yang merupakan jiran saya. Dia kata “dik boleh tolong tak”? kemudian saya tanya tolong apa Umi (Umi nama panggilan beliau)? Umi kata ada seekor kucing mati dicampak dari malam tadi dekat rumah Nora. Nora adalah jiran di hadapan rumah saya.  Kemudian saya pun dengan segera pergi ke rumah jiran depan rumah. Saya dapati ada seekor kucing telah mati dalam keadaan kaki belakangnya terkangkang, mulutnya berdarah dan berbau hancing yang kuat. Berdasarkan pemerhatian terhadap kecederaan yang dialami, saya rasa kucing malang itu dijatuhkan dari tingkat yang tinggi mungkin tingkat 7 ke atas. Menurut kata seorang jiran wanita depan rumah saya itu, beliau terdengar bunyi benda jatuh dan seperti menggelupur pada jam 12 lebih pagi. Pada mulanya disangka ada orang hendak mencuri atau pecah rumah tapi apabila beliau intai melalui tingkap dapur rupanya bunyi berkenaan dari seekor kucing telah j

BUANG KUCING DI MASJID. MAKIN TERUK SIKAP PEMBUANG KUCING

Sebenarnya sudah lama saya ingin masukkan artkel ini. Baru sekarang saya berkesempatan masukkan artikel pasal buang kucing di masjid. Sebenarnya maklumat ini diperolehi daripada seorang kenalan saya yang selalu memberi makan pada kucing-kucing yang dibuang di kawasan berdekatan masjid. Masjid adalah tempat kita umat Islam mengerjakan kewajipan solat, penganjuran program majlis ilmu atau ceramah, pengurusan jenazah dan lain-lain program berkaitan keagamaan. Sungguh saya tidak menyangka ada pihak yang sanggup buang kucing di masjid. Tindakan buang kucing di masjid akan menyusahkan pihak pengurusan masjid dan siapa pula yang hendak beri kucing-kucing itu makan? Kita manusia dikurniakan akal fikiran yang hebat. Jangan sewenang-wenangnya lepaskan beban dan tanggungjawab anda pada pihak lain.

ALHAMDULILLAH DAN BERBANYAK TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERI PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN BUAT ANAK KUCING YANG DIBUANG BAWAH BLOK KEDIAMAN SAYA

Pada 19hb Ogos yang lalu saya telah menjumpai seekor anak kucing jantan anggaran usia dalam 3 bulan lebih di kawasan lobi lift tingkat bawah. Sudah pasti dia telah dibuang oleh pembuang kucing yang zalim kerana sebelum ini anak kucing ini tidak pernah kelihatan di kawasan bawah blok kediaman saya. Kemudian saya telah usahakan untuk mencari sesiapa yang boleh memberinya penjagaan dan perlindungan dengan berkongsi di laman facebook saya. Disebabkan saya risau nanti dia dibuang ke tempat lain oleh jiran tetangga yang tidak suka melihat kucing berkeliaran di kawasan kediaman saya, maka keesokkan harinya saya telah membawanya masuk ke dalam rumah untuk diberi perlindungan sementara dia mendapat penjaga baru.   Alhamdulillah pada 21hb Ogos saya menerima whatsapp daripada seorang sahabat facebook saya yang menyatakan beliau boleh memberi penjagaan dan perlindungan buat anak kucing oren itu. Sahabat facebook saya ini tinggal di Teluk Intan dan dia telah meminta pertolongan daripada sa

IKUT PERUT UNTUK DAN JIMATKAN PERBELANJAAN AGAR DAPAT BAWA KUCING SAKIT KE KLINIK

Petang semalam saya telah minta balik awal dari kerja sambilan untuk membawa seekor kucing betina bawah jagaan saya yang di namakan “Didi” untuk pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta. Setelah berjimat cermat dalam perbelanjaan dan ikat perut barulah saya dapat membawa Didi menerima rawatan luka-luka kecil di seluruh badannya itu.  Didi asalnya adalah seekor kucing gelandangan yang hidup terbiar bawah blok kediaman pangsapuri saya. Didi tidak jinak dan takut dengan orang lain. Saya ambil masa yang lama untuk jinakkan Didi semasa dia hidup gelandangan sebelum dibawa masuk ke dalam rumah. Sepanjang berada dibawah jagaan dan perlindungan saya selama 2 tahun, Didi tidak pernah lagi disentuh oleh oang luar selain saya dan isteri. Didi juga tidak pernah dibawa ke klinik haiwan. Ini kali pertama Didi dibawa keluar dari rumah untuk menerima rawatan dan disentuh oleh orang luar iaitu Doctor yang merawat. Mujur Didi tidak meronta ketakutan semalam. Terpaksalah saya dan isteri ber

BUANG ATAU TANAM KUCING YANG TELAH MATI : DI MANAKAH ANDA TANAM KUCING-KUCING ANDA YANG TELAH MATI?

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Begitulah juga dengan kucing-kucing yang kita sayangi akan turut mati dan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Dimanakah anda menanam kucing-kucing yang telah mati? Adakah anda buang saja kucing yang telah mati ke dalam tong sampah, buang ke dalam sungai dan lain-lain cara selain menanam mereka? Saya menanam kucing-kucing yang telah mati di suatu kawasan di kampung saya. Kediaman saya dengan kampung tidaklah jauh mana. Hanya kira-kira 4km sahaja. Dulu kawasan terbiar bersebelahan sungai itu telah dijadikan kebun oleh arwah datuk saya dan di situ terdapat pokok kelapa, mangga, jambu air, durian belanda, daun pandan dan bunga kantan. Akhirnya kawasan ini telah diratakan untuk projek tambakan sungai. Kemudian pakcik saya telah menanam kembali beberapa pokok kelapa, pisang dan pokok inai. Tanaman pokok sekarang tidaklah banyak seperti dulu. Kini kawasan itu saya telah jadikan kawasan tanah perkuburan buat kucing-kucing yang telah

ALHAMDULILLAH DAPAT JUGA MANDULKAN SEEKOR KUCING JANTAN BAWAH JAGAAN

Alhamdulillah setelah menyimpan sedikit demi sedikit hasil dari bekerja sambilan sebagai “pengutip sampah” dan belanja berjimat cermat, pada hari Khamis lepas dapatlah saya bawa salah seekor kucing bawah jagaan saya yang diberi nama “Cik Tie” untuk dimandulkan. Usia Cik Tie telah mencecah setahun. Cik Tie telah dibuang bawah blok kediaman pangsapuri saya semasa usianya dalam 2 bulan. Kalau tidak dimandulkan nanti risau pula kucing dalam jagaan saya membiak banyak pula.  Cik Tie sedang diperiksa suhu badannya oleh Doctor Niat saya nak membantu kucing dan bukannya hendak membiakkan kucing dalam rumah kecil saya. Selain itu saya tidak berupaya menjaga kucing dalam bilangan yang banyak adalah kerana faktor kekangan kewangan. Hendak serahkan pada pihak lain atau mencari keluarga angkat untuk menjaga mereka bukannya mudah. Anda nak tahu apakah pemandulan dan apa tujuan pemandulan kucing? Klik pada link ini : http://www.mycat2vet.my/pemandulan.php

PEMBUANG KUCING ZALIM : JUMPA SEEKOR ANAK KUCING DIBUANG DI KEDAI PASAR MINI

Malam semalam selepas selesai saya membeli barang keperluan di sebuah kedai pasar mini berhampiran kawasan kediaman saya, saya telah ternampak seekor anak kucing yang berusia anggaran dalam 2 bulan lebih sedang mundar-mandir di hadapan kedai berkenaan.  Kebetulan ada seorang pekerja berada di pintu masuk kedai lalu saya pun bertanya kepadanya sama ada anak kucing itu ada penjaga atau dibuang di situ. Pekerja kedai itu kata anak kucing itu telah berada di hadapan kedai sejak pagi tadi. Memang tepat jangkaan saya. Kesian pula saya melihat keadaaannya. Rasa tidak sanggup pula membiarkannya di situ. Kemudian saya pun membuat keputusan bawanya pulang ke rumah untuk diberi penjagaan dan perlindungan sementara mendapatkannya keluarga angkat. Sekirannya tiada pihak yang boleh memberi penjagaan dan perlindungan, Insya Allah saya akan ambil tanggungjawab untuk menjaganya. Semoga urusan untuk membantu anak kucing ini dipermudahkan.

KAU PERGI JUA FIONA

Kisah Fiona pernah saya ceritakan pada entri saya yang lepas : https://rezekikucing.blogspot.com/2019/05/bawa-balik-ibu-kucing-terbiar-dan.html Fiona telah pergi meninggalkan kami secara mengejut pada hari Rabu yang lalu. Sebelum ini Fiona sihat saja cuma dia masih belum boleh bergaul dengan kucing-kucing bawah jagaan saya dalam rumah. Anak Fiona yang diberi nama Fasha juga telah meninggalkan kami. Pastinya kami akan merindui kedua-duannya. Bila saya lalu di kawasan Batu Caves, Selangor pastinya saya akan teringat pada Fiona dan Fasha kerana di kawasan itulah mereka hidup gelandangan sebelum saya bawa pulang dan beri perlindungan serta penjagaan. Selamat tinggal Fiona. Maafkan Papa dan Mama jika kami tidak menjaga kamu berdua dengan baik.   Fiona telah selamat disemadikan

KASIHANILAH KUCING JALANAN

Semalam masa saya keluar bekerja sambilan saya tidak dapat membawa bekalan makanan kucing disebabkan stok makanan yang ada hanya cukup-cukup untuk kucing-kucing bawah jagaan saya dalam rumah. Biasanya saya pasti akan membawa bekalan makanan kucing untuk diagihkan pada kucing-kucing jalanan di beberapa lokasi yang sukar untuk kucing-kucing di situ mendapatkan sumber makanan. Tapi bila saya tiba di suatu kawasan rumah kedai yang saya biasa beri makan pada kucing-kucing jalanan dan tinggalkan beberapa bekas makanan, saya berasa tidak sampai hati pula melihat kucing-kucing di situ yang kelaparan mengharapkan saya memberi makan pada mereka. Dalam poket saya hanya ada RM 10 dan syiling. Sebenarnya duit yang ada dalam poket saya hendak gantikan nombor plat bahagian belakang motorsikal saya yang telah pecah dan tertanggal. Kos untuk mengantikan nombor plat itu lebih kurang RM 6 sahaja dan baki selebihnya RM 4 saya nak beli makanan untuk makan tengahari saya.   Namun disebabkan say

PEMBUANG KUCING ZALIM : JUMPA KUCING MATI DIGILIS HINGGA HANCUR DAN LEPER DI LEBUHRAYA

Baru-baru ini semasa saya sedang bekerja dan membuat rondaan di kawasan lebuhraya bertol, saya telah menjumpai seekor kucing yang mati dalam keadaan menyedihkan akibat digilis kenderaaan. Tempat berkenaan memang jauh dari kawasan perumahan dan hanya terdapat ladang kelapa sawit di kanan dan kiri jalan.  Mustahil kucing malang itu boleh merayap hingga ke kawasan lebuhraya berkenaan. Saya syak kucing yang mati digilis ini telah dibuang dan dilepaskan di kawasan lebuhraya. Kenapalah sampai sanggup buang kucing di kawasan lebuhraya yang sibuk dengan kenderaan   dan jauh dari kawasan perumahan? Perbuatan seperti ini memang zalim dan menganiaya kucing malang yang mati digilis itu.

SINAR HARAPAN BUAT KUCING GELANDANGAN : BERBANYAK TERIMA KASIH KAK KERANA SUDI MEMBERI PERLINDUNGAN DAN PENJAGAAN BUAT SI IBU KUCING DENGAN 3 RKOR ANAKNYA

Merujuk pada entri saya yang lepas https://rezekikucing.blogspot.com/2019/07/pembuang-kucing-zalim-kucing-bunting.html iaitu berkenaan “ PEMBUANG KUCING ZALIM : KUCING BUNTING YANG DIBUANG BAWAH KEDIAMAN PANGSAPURI TELAH BERANAK”. Syukur Alhamdulillah si ibu kucing kucing yang baru-baru ini telah melahirkan 3 ekor anaknya di bawah blok kediaman pangsapuri saya telah mendapat perlindungan dan penjagaan daripada seorang insan berhati mulia yang sanggup menjaga mereka. Pada hari Ahad lepas ibu kucing dengan 3 ekor anaknya itu telah selamat diserahkan kepada seorang kakak yang sanggup memberi perlindungan dan penjagaan buat mereka. Kakak ini pun seorang yang berpengalaman menjaga kucing dan telah banyak kucing gelandangan yang beliau bantu. Berbanyak terima kasih kak. Semoga akak beroleh ganjaran terbaik daripada Allah swt kerana jasa baik akak menjaga dan memberi perlindungan buat kucing-kucing gelandangan yang sebelum ini hidup terbiar dan menderita.

PEMBUANG KUCING ZALIM : KUCING GELANDANGAN BAWAH PANGSAPURI SAYA TELAH DIBUANG KE TEMPAT LAIN

Petang semalam sewaktu saya pulang dari bekerja sambilan, saya telah ternampak seekor daripada kucing gelandangan yang sebelum ini menumpang teduh bawah pangsapuri saya akibat dibuang. Patutlah dah lama kucing ini tidak kelihatan di bawah pangsapuri rupanya telah dibuang di kawasan lot kedai itu. Kawasan ini memang laluan utama saya yang menghubungkan beberapa taman perumahan.  Dulu kucing yang saya jumpa ini menumpang teduh di bawah blok kediaman saya. Dia telah dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan berasa kesian melihat keadaan kucing-kucing gelandangan itu yang kelaparan saya pun menyediakan bekas makanan dan air di bawah pangsapuri. Setiap hari saya akan menambah makanan dan air ke dalam bekas. Sebenarnya kucing-kucing gelandangan bawah pangsapuri saya itu tidaklah berak merata dan di kawasan rumah jiran. Saya pun selalu kutip najis-najis kucing jika ada. Tapi saya tidak pernah jumpa najis kucing di lobi lift tingkat bawah. Jika ada sudah pasti saya a

AWAS ADA MATA SEDANG MEMERHATI KITA YANG MEMBERI MAKAN PADA KUCING-KUCING GELANDANGAN. JAGALAH KEBERSIHAN DI TEMPAT KITA BERI KUCING GELANDANGAN ITU MAKAN

Gambar notis yang ditampal bersebelahan pintu lift ini saya rakam baru-baru ini semasa saya membuat penghantaran barang kepada pelanggan saya di sebuah kediaman pangsapuri. Pihak Pengurusan pangsapuri berkenaan tidak berpuashati kerana ada penduduk yang beri makan pada kucing di kawasan lobi lift tingkat bawah. Saya rasa kucing yang mereka maksudkan adalah kucing gelandangan yang hidup terbiar akibat dibuang di kawasan pangsapuri berkenaan. Kawasan kediaman pangsapuri memang seringkali menjadi sasaran tempat pembuangan kucing. Saya pun tidak pasti kenapa pihak pengurusan berkenaan tidak membenarkan penduduk memberi makan di kawasan lobi lift. Tidak dinyatakan sebabnya tapi saya rasa mungkin mereka tidak mahu kawasan lobi lift kelihatan kotor dan bersepah dengan sisa-sisa makanan yang diberikan pada kucing gelandangan. Ketika saya berada di kawasan lobi lift pangsapuri berkenaan, saya dapati keadaan kebersihan di kawasan lobi lift tingkat bawah itu adalah terkawal. W

KUCING MENYEBABKAN KEHIDUPAN JIRAN TETANGGA TERGANGGU DAN KACAU-BILAU?

Kenapa kita begitu lantang soal jiran yang membela kucing dan memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang hidup terbiar akibat dibuang dan menderita kelaparan?  Kenapa kita buta tuli soal lain-lain permasalahan di kawasan kejiranan kita contoh seperti pembuangan sampah merata-rata, menghalang kenderaan jiran tetangga / penduduk di kawasan parkir, masalah pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengancam nyawa, kerosakan harta bersama atau kemudahan penduduk akibat vendalisme, kecurian motorsikal dan alat ganti yang kerap berlaku, bersekedudukan tanpa ikatan sah serta masalah sosial dan lain2 lagi. Kucing bukanlah haiwan perosak dan boleh memudaratkan manusia seperti tikus yang boleh menyebar penyakit melalui kencingnya. Kencing kucing tidak berbahaya seperti kencing tikus. Kucing juga tidak merbahaya seperti nyamuk aedes yang gigitannya boleh menjejaskan kesihatan dan juga boleh membawa maut. Kucing juga bukanlah haiwan buas dan ganas yang boleh membunuh manusia. Jadi pada a