Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

KERAP BETUL JUMPA KUCING MATI KENA LANGGAR DI KAWASAN HIGHWAY

Semalam sewaktu bertugas membuat rondaan mengutip sampah di highway tempat saya bekerja sambilan, saya telah menjumpai lagi seekor kucing yang mati dilanggar kenderaan.  Keadaan kecederaan memang teruk sekali. Memang sedih melihatnya. Tidak terdapat kawasan perumahan di lokasi kejadian. Sekarang ini makin kerap saya menjumpai kucing mati dilanggar dan digilis kenderaan di kawasan highway tempat saya bekerja sambilan sebagai pengutip sampah. Saya rasa mungkin juga kucing-kucing malang itu sengaja dilepaskan di kawasan highway. Ini memandangkan di kawasan hentian sebelah dan R&R juga terdapat kucing-kucing yang telah dibuang oleh manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan atau sifat belas kasihan terhadap kucing.

SEORANG WANITA DI SINGAPURA DIDENDA KERANA BUANG KUCING. DI MALAYSIA BILA LAGI?

Negara kita pun sudah ada peruntukan undang-undang berkaitan haiwan peliharaan iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika kita lihat di negara kita ini, orang berani buang kucing tanpa rasa takut akan dikenakan sebarang tindakan. Ini kerana tidak ada pihak yang tampil membuat aduan atau laporan kepada pihak berkuasa. Saya tidak pasti sama ada di negara kita ini telah ada pihak yang dikenakan tindakan undang-undang kerana membuang kucing. si ibu kucing dengan 3 ekor anaknya yang dibuang di blok kediaman pangsapuri saya Apa kata selepas ini jika kita ternampak orang yang mencurigakan atau ternampak orang hendak membuang kucing di mana-mana saja, kita rakam aksi mereka. Buatlah rakaman video dan ambillah gambar mereka banyak sikit supaya kita ada bukti kukuh untuk membuat laporan berkaitan pembuangan kucing. sebahagian kucing-kucing yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di blok kediaman pangsapuri saya Saya yakin jika sudah ada orang kita yang dikenakan tindakan un

BERDEPAN DENGAN KEMATIAN TIGA EKOR KUCING PADA HARI SAMA

Semalam saya telah berdepan dengan kematian tiga ekor kucing di 3 lokasi berbeza. Yang pertama di rumah saya iaitu seekor kucing jantan gelandangan yang sebelum ini menumpang hidup di sebuah kedai makan sejak tahun 2016. Selepas berada di kinik selama 8 hari kemudian ia berada bawah jagaanya selama seminggu dan akhirnya ia pergi jua. Boleh baca semula kisahnya di link ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2019/12/bertambahlah-tanggungjawab-menjaga-dan.html Kematian kucing yang kedua ditemui di kawasan jalan highway tempat saya bekerja sambilan sebagai pengutip sampah. Saya temuinya ketika sedang meronda untuk mengutip sampah. Kucing betina malang itu dipercayai telah dibuang di kawasan highway. Saya lihat ia kaku di bahagian tengah pembahagi jalan. Sedih melihat keadaannya.   Kematian kucing yang ketiga ditemui di sebuah hentian highway. Ia adalah seekor anak kucing. Ibunya adalah kucing gelandangan di situ. Saya ke tempat ini setiap hari untuk beri makan pada kuc

BENGANG DENGAN CLEANER WARGA INDONESIA MENGAKU BUANG KUCING SAKIT YANG HENDAK DIRAWAT

Tindakan seorang cleaner wanita warga Indonesia membuang seekor anak kucing sakit ke tempat lain telah mengundang kamarahan saya. Pada hari Isnin minggu lepas terdapat seekor anak kucing sakit dibuang di sebuah hentian R&R. Anak kucing itu mengalami bengkak dibahagian bawah perutnya. Atas sebab-sebab tertentu saya tidak dapat mengambil anak kucing itu untuk dibawa pulang. Namun keesokkannya saya telah mengambil cuti bagi membolehkan saya membawa anak kucing itu ke klinik haiwan untuk pemeriksaan dan juga hendak membawanya pulang selepas itu. Kemudian puas saya mencari anak kucing malang itu di kawasan hentian R&R berkenaan. Tapi saya tidak nampak ia berada di situ lagi walaupun saya mundar-mandir selama setengah jam di kawasan R&R berkenaan. Selepas itu saya pun pergi bertanya kepada 3 orang cleaner warga Indonesia yang sedang duduk bersebelahan kawasan tandas. Mereka memang biasa melihat saya memberi makan pada lucing-kucing yang terdapat di situ dan mereka

SUDAH-SUDAHLAH TU BUANG KUCING. SI PEMBUANG KUCING MEMANG MENYUSAHKAN BETULLAH

Seorang jiran saya telah mengertak hendak membuang kucing gelandangan ke tempat lain. Kucing-kucing ini sebenarnya baru dibuang ke blok kediaman pangsapuri saya. Beberapa hari yang lepas terdapat kucing yang baru dibuang di kawasan blok kediaman pangsapuri saya. Si ibu bersama 3 ekor anaknya yang masih kecil. Kini mereka menumpang teduh di tingkat 1 iaitu setingkat dengan kediaman saya. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja kucing-kucing dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke blok kediaman yang saya diami ini. Saya selalu beri mereka makan dan berusaha juga mendapatkan keluarga angkat atau sesiapa yang boleh ambil tanggungjawab memberi penjagaan serta perlindungan buat kucing-kucing malang itu. Adakalanya saya juga telah mengambil beberapa ekor kucing yang dibuang itu untuk diberi perlindungan dan penjagaan sepenuhnya dalam rumah kecil saya. Saya memberi makan pada kucing-kucing gelandangan itu bukanlah bermakna saya hendak membiakkan mereka di kawasan kedia

KESIAN MELIHAT ANAK KUCING YANG MASIH BAYI MEMBUATKAN SAYA SEDIA MENERIMA TANGGUNGJAWAB MENJAGANYA

Semalam saya telah menerima seekor anak kucing yang masih bayi. Ia telah ditemui oleh seorang insan berhati mulia yang sudi menyelamatkannya.  Pada mulanya saya berasa berat hati hendak menerima tanggungjawab menjaga serta memberi perlindungan pada anak kucing yang masih bayi itu namun akhirnya saya buat keputusan untuk menerimanya juga memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman menjaga anak kucing yang masih bayi dan tambahan pula beliau hendak berangkat ke Perak. Kemudian beliau telah menghantar anak kucing itu ke kawasan kediaman saya sebelum saya pergi bekerja sambilan. Alhamdulillah anak kucing itu selamat sampai ke tangan saya dan ia sangat bertuah kerana kucing betina / ibu kucing yang dibuang dari tingkat atas kediaman saya pada 2 bulan lepas telah kematian semua anaknya baru-baru ini sudi menyusu dan menjaga seperti anaknya sendiri. Insha Allah saya akan menjaga dan memberi perlindungan pada anak kucing itu sebaik mungkin. Dikesempatan ini saya ingin mengucapk

SEDIH MELIHAT AKSI SEEKOR KUCING GELANDANGAN DI SEBUAH GERAI MAKAN

Pada tengahari semalam sewaktu saya hendak makan tengahari di sebuah gerai makan berhampiran taman perumahan, saya telah didatangi oleh seekor kucing jantan gelandangan. Kemudian saya pun mengusap kepalanya dan selepas itu ia memeluk peha saya dan juga turut melentukkan kepalanya. Aksinya itu telah membuatkan saya berasa sedih. Tambahan pula ketika saya hendak meninggalkan gerai makan itu, ia turut mengekori saya hingga ke motorsikal. Saya sempat memberinya makan makanan biskut kucing yang saya bawa bila setiap kali keluar bekerja sambilan. Saya juga turut berkongsi gambar kucing itu ke laman facebook saya dan juga di beberapa laman group facebook berkaitan kucing. Rata-rata netizen pencinta kucing telah melahirkan rasa simpati terhadap kucing itu dan ramai juga yang menyuruh saya membawa balik kucing berkenaan untuk dijaga serta diberi kasih sayang. Bukannya saya tidak berasa simpati melihat keadaannya dan sengaja tidak mahu membawanya pulang untuk diberi penjagaan dan pe

BERTAMBAHLAH TANGGUNGJAWAB MENJAGA DAN MELINDUNGI KUCING DALAM RUMAH KECIL

Esok hari Rabu 18hb Disember 2019 saya akan bawa keluar seekor kucing gelandangan dari klinik haiwan setelah 8 hari ia berada di situ. Tempohari saya bawanya ke klinik haiwan kerana ia mengalami masalah selsema yang teruk dan keadaannya lemah. Boleh baca semula ceritanya disini : https://rezekikucing.blogspot.com/2019/12/bantu-kucing-jantan-sakit-yang-hidup.html Pada 10hb. Disember 2019 – Selasa minggu lepas sekali lagi saya telah membawa kucing jantan gelandangan yang hidup menumpang di sebuah kedai makan sejak tahun 2016 kerana kedua-dua kaki depannya membusuk. Mungkin saya tidak perasan terdapat luka kecil pada kakinya itu lalu merebak menjadi teruk. Sebenarnya selepas saya bawanya ke klinik pada kali pertama, saya telah tumpangkannya di rumah mak saya dan saya mengurungnya ke dalam sangkar. Kemudian pada keesokkan harinya kucing itu didapati telah tiada di dalam sangkar dan pintu sangkar terbuka. Ia telah berjaya meloloskan dirinya. Sungguh saya tidak menyangka i

JUMPA 2 EKOR KUCING MATI DILANGGAR KENDERAAN PADA HARI SAMA DI KAWASAN HIGHWAY YANG JAUH DARI KAWASAN PERUMAHAN

Pada hari Jumaat lepas 13hb. Disember 2019 semasa saya sedang bertugas meronda di kawasan highway untuk mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh pengguna highway, saya telah terjumpa dua ekor kucing mati akibat dilanggar dan digilis kenderaan. Seekor yang pertama saya jumpa dari jarak 1 kilometer sebelum hentian Rehat & Rawat dan kucing mati yang kedua saya jumpa dalam jarak 2 kilometer selepas hentian Rehat & Rawat berkenaan.Maaf atas sebab-sebab tertentu saya tidak boleh dedahkan lokasi highway sebenar. Pernah tak anda terfikir bagaimana boleh terdapat kucing mati dilanggar dan digilis kenderaan di kawasan highway yang tidak ada   kediaman manusia berdekatan lokasi itu? Adakah kucing-kucing itu boleh berjalan memasuki kawasan highway yang jauh dari kediaman manusia?   Pelbagai andaian boleh dibuat kononnya kucing-kucing yang mati itu jatuh dari enjin kereta kerana kucing suka tidur di tempat yang panas. Ini memang pendapat biasa daripada netizen. Memang