Kucing betina ini kami namakannya sebagai “Cik Ta”.
Cik Ta diselamatkan pada bulan Oktober 2019. Teringat masa tu Cik Ta terbaring kaku akibat jatuh dari tingkat atas blok kediaman saya. Boleh baca semula kisah Cik Ta ketika hari ia jatuh dari tingkat atas dan mula diselamatkan di link ini :
https://rezekikucing.blogspot.com/2019/10/tragis-kucing-betina-dibuang-dari.html
Walaubagaimanapun saya telah berusaha merawat Cik Ta dengan pelbagai cara kerana nak bawa Cik Ta ke klinik untuk seisi rawatan ulangan / susulan, agak sukar memandangankan ketiadaan dana yang cukup. Kebetulan pada waktu itu terdapat seekor kucing dalam jagaan saya yang menghidap “dry fip”. Perlu mengeluarkan kos perbelanjaan untuk merawatnya juga. Jadi saya berusaha rawat sendiri Cik Ta dengan penggunaan beberapa jenis ubat spray bagi menyembuhkan lukanya. Saya juga berinya makan supleman / vitamin untuk menguatkan antibodinya.
Pada mulanya luka dan kudis Cik Ta telah berkurang dan seakan boleh sembuh sepenuhnya. Namun kemudian kudis itu kembali menyerang dengan lebih teruk. Nak bawa Cik Ta ke klinik lagi, seperti biasa saya kekurangan dana. Jadi saya rawat Cik Ta dengan cara yang sama seperti sebelumnya. Tapi malangnya keadaan kali ini tidak banyak berubah. Malah menjadi semakin teruk. Badan Cik Ta semakin kurus walaupun sebenarnya ia masih berselera untuk makan.
Cik Ta seekor kucing yang baik dan tidak banyak karenah. Memang senang menjaga Cik Ta. Siapalah yang tergamak buang Cik Ta dulu. Pastinya kami akan merindui Cik Ta. Kenangan bersama Cik Ta akan tersemat di hati. Tenanglah di sana Cik Ta. Tiada lagi penderitaan kesakitan buatmu.
PESANAN BUAT SEMUA :
Menjaga kebajikan haiwan peliharaan adalah termasuk dalam amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.
Jangkahayat kucing-kucing yg dibuang itu biasanya pendek @ hidup tak lama disebabkan terdedah pada risiko-risiko seperti berikut :
1) mati kelaparan dan kehausan.
2) mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas dan lain-lain).
3) mati akibat dilanggar kenderaan.
4) mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.
5) mati akibat bergaduh dengan kucing lain.
6) mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.
Dan lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa kucing-kucing yang dibuang itu.
Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab.
Setiap manusia itu lebih utama untuk berusaha dalam memastikan dirinya ditempatkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurga melalui amalan soleh di dunia. Seperti yang diketahui, menjaga kebajikan haiwan-haiwan peliharaan adalah termasuk dalam amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.
Marilah bersama-sama memupuk nilai ihsan kepada haiwan kerana boleh jadi itulah asbab kita yang membantu ke syurga kelak. Wallahua’lam.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8).
Comments