Sedih bila ternampak kucing yang dibuang di kawasan hentian R&R tak tahu bawa diri dan mencari makanan.
Baru-baru ini saya ternampak seekor kucing jantan berwarna hitam putih di kawasan hentian R&R yang saya lalu dan singgah setiap hari. Kemudian saya berinya makan. Saya akan singgah di hentian R&R ini untuk berinya makan setiap hari. Saya lihat kucing itu memang kelaparan. Selepas habis makan wet food 2 pek, ia makan biskut kucing pula. Ntah berapa hari ia tak makan sejak dibuang.
Di kawasan hentian R&R ini memang ada terdapat beberapa ekor kucing terbiar yang asalnya dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya yang sudah biasa dengan kawasan hentian R&R ini, saya dapati agak sukar kucing-kucing yang terdapat disini hendak mendapatkan makanan.
Ini kerana walaupun terdapat 5 buah gerai yang beroperasi, tetapi tidak ramai pengguna highway yang singgah untuk menjamu selera pada hari biasa. Hanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum saja yang akan ada pengguna highway yang singgah menjamu selera di medan selera.
Bagi kucing yang tidak pandai berdikari mencari makanan dan takut dengan orang, memang sukar mereka hendak mendapatkan makanan dengan meraih simpati dan belas kasihan daripada orang atau pengunjung di medan selera.
Jika ada kucing yang berani meminta makanan daripada pengunjung di medan selera itu pun belum tentu berjaya meraih simpati untuk mendapatkan walau secebis sisa makanan. Bukan mudah sebenarnya kucing-kucing yang dibuang hendak mendapatkan makanan untuk meneruskan hidup. Selalu juga kucing-kucing yang meraih simpati meminta makanan, dizalimi dan halau.
Jadi tolonglah jangan buang kucing dan beranggapan kononnya kucing-kucing yang dibuang itu akan mendapat makanan dan pandai mencari makanan sendiri Ini adalah KARUT!. Sudah terdapat banyak kes penganiayaan dan kezaliman terhadap kucing. JANGAN BUANG KUCING!. Buang kucing adalah suatu tindakan yang zalim sebenarnya. Memelihara kucing adalah suatu tanggungjawab dan bukan sekadar suka-suka atau hobi dimasa lapang.
Comments