Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah bagi kami ganjaran pada haiwan?
Baginda bersabda: "Pada setiap hati yang basah itu ada ganjaran (bagi yang berbuat baik kepadanya).” (Riwayat Muslim)
Menurut Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Akan terhasil pahala yang besar daripada perbuatan memberi minum haiwan.
“Pahala ini juga akan terhasil dengan perbuatan yang seumpamanya, seperti memberi makan dan lain-lain perbuatan yang bersifat ihsan terhadap haiwan, tidak kira sama ada haiwan itu dipelihara ataupun tidak.”
Jelas bahawa perbuatan memberi makanan kepada haiwan yang tidak bertuan merupakan amalan terpuji.
ALLAH SWT menjanjikan balasan yang baik untuk hamba-Nya yang bersifat ihsan kepada haiwan.
Perkongsian sumber : Portal Soal Jawab Agama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang).
Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ketika seorang lelaki sedang berjalan, dia berasa sangat dahaga, lalu terjumpa sebuah perigi. Dia pun turun ke dalamnya lalu meminum (air telaga tersebut). Ketika dia keluar dari perigi tersebut, dia ternampak seekor anjing yang menjelirkan lidahnya, memakan tanah kerana kehausan.
Lelaki itu berkata: "Anjing ini tentu sangat dahaga sebagaimana dahaga yang menimpaku sebentar tadi.”
Lalu dia pun turun semula ke dalam perigi dan memenuhkan kasutnya dengan air, kemudian dia memegang kasutnya dengan mulutnya hingga dia berjaya memanjat sampai ke atas semula, lalu dia memberi anjing itu minum.
Anjing itu bersyukur kepada ALLAH atas bantuan lelaki itu, lalu ALLAH mengampunkannya.
gambar hiasan |
Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah bagi kami ganjaran pada haiwan seperti ini?"
Baginda bersabda: "Pada setiap hati yang basah itu ada ganjaran (bagi yang berbuat baik kepadanya).” (Riwayat Muslim).
Comments