Amat sedih si Kelabu kucing terbiar di blok kediaman saya, akhirnya pergi buat selamanya.
Pada 07hb Oktober 2021, ketika saya berada di kawasan parking motorsikal dan hendak ke tempat kerja, pekerja pembersihan yang bertugas di blok kediaman saya, menyapa saya. Beliau beritahu ada kucing mati dekat atas gerai terbiar tempat biasa saya beri makan kucing di bawah blok.
Terkejut apabila saya melihatnya. Kucing yang sedang kaku dan sudah tidak bernyawa itu adalah si Kelabu. Rasa sedih melihat Kelabu sudah tiada / pergi buat selamanya. Kelabu asalnya kucing bertuan. Saya difahamkan tuan Kelabu tinggal di blok yang sama dengan saya tapi tingkat atas. Tak pasti tingkat berapa.
Kemudian saya terserempak dengan anak jiran yang menghuni setingkat dengan saya. Beliau beritahu saya, beliaulah yang letak Kelabu di situ. Beliau terjumpa Kelabu sudah tidak bernyawa pada malam 06hb. Oktober di ruangan berdekatan dengan lift.. Patutlah Kelabu sudah mula berbau. Anak jiran saya itu memang sukakan kucing juga. Berbanyak terima kasih dik kerana tolong angkat dan letakkan Kelabu di situ.
Kelabu kucing jantan yang baik. Ia suka naik motorsikal, meronda berdekatan sekitar taman perumahan dengan motorsikal saya. Pada awalnya memang saya tak sangka si Kelabu suka dan tak takut naik motorsikal. Elok saja ia membonceng motosikal tanpa rasa takut.
Dulu keadaan Kelabu elok saja bersih dan bulunya cantik. Tapi sejak ia hidup terbiar di bawah blok, keadaannya lama kelamaan menjadi tidak terurus dan sehingga menyebabkan Kelabu menghidap penyakit kulit. Saya ada juga cuba merawat Kelabu dengan spray ubat untuk merawat penyakit kulit kucing. Saya juga merancang hendak bawanya ke klinik haiwan jika mempunyai wang yang mencukupi. Malangnya tidak sempat berbuat demikian.
Apa yang saya perasan, sejak kebelankangan sebelum Kelabu pergi buat selamanya, Warna badan Kelabu seakan kekuningan. Ini memang meresahkan saya. Keadaan kewangan pula belum mengizinkn saya membawa Kelabu ke klinik haiwan untuk rawatan. Tertangguh agak lama.
Sudah tentu saya berasa sedih kerana Kelabu sudah tiada. Dalam perjalanan ke tempat kerja, air mata saya tiba-tiba mengalir mengenangkan Kelabu. Walaupun saya tidak memberinya perlindungan dan penjagaan dalam rumah, tapi saya tetap anggap dan layan Kelabu seperti kucing saya dalam jagaan saya di dalam rumah. Cuma saya tidak dapat membawa Kelabu masuk ke dalam rumah atas faktor ruangan kediaman yang kecil.
Maafkan papa Kelabu kerana tak sempat nak bawa kamu ke klinik. Kenangan bersama kamu Kelabu memang akan sentiasa tersemat di hati papa. Berehatlah Kelabu. Kini berakhir sudah penderitaan kesakitan Kelabu. Selamat jalan Kelabu.
Jemput tonton video Kelabu membonceng motorsikal :
Comments