Ia
hidup gelandangan setelah dibuang bawah blok kediaman saya sejak 2 bulan lalu.
Saya berinya makan setiap hari.
Pada
30hb Mac 2020 seoarang anak jiran telah memberitahu saya kucing jantan
gelandangan itu telah berada di luar rumahnya selama tiga hari. Dia juga kata
kucing itu muntah mengeluarkan cacing.
Kemudian dia bawa kucing itu ke rumah saya untuk meminta pertolongan. Saya
lihat kucing itu berada dalam keadaan lemah dan tidak mahu makan serta minum.
Keesokkan
hari 31 hb Mac - saya telah bawanya ke sebuah klinik haiwan yang biasa saya
kunjungi untuk menerima rawatan. Doctor memberitahu kucing itu mengalami demam,
ulser mulut dan juga masalah cacing. Ulser dalam mulutnya telah menyebabkan ia
tidak mahu makan. Ini amat merisaukan saya.
Setelah
membawanya pulang dari klinik haiwan saya letakkanya dalam kotak di luar rumah.
Saya tidak dapat memberinya perlindungan dan penjagaan di dalam rumah
disebabkan dalam rumah saya telah sesak dengan kucing.
Namun
begitu setelah balik dari klinik saya dapati keadaanya bertambah lemah dan ia
terbaring saja. Saya berinya makan serta minum tapi ia tidak mahu makan. Susah
nak buka mulutnya kerana ia mengalami ulser.
Amat
menyedihkan akhirnya pada hari Sabtu 04hb April 2020 ia pergi jua selepas selang tiga hari menerima
rawatan dari klinik haiwan. Sebenarnya saya tidak menjangkakan ia pergi (mati)
walaupun keadaannya lemah. Damailah kamu wahai kucing yang tidak bernama.
Maafkan papa kerana papa tidak dapat memberikan kamu penjagaan yang sempurna.
Jangkahayat
kucing-kucing yg dibuang itu biasanya pendek @ hidup tak lama disebabkan
terdedah pada risiko-risiko seperti berikut :
1)
mati kelaparan dan kehausan.
2)
mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas
dan lain-lain).
3)
mati akibat dilanggar kenderaan.
4)
mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.
5)
mati akibat bergaduh dengan kucing lain.
6)
mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.
Dan
lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan yang boleh mengancam keselamatan dan
nyawa kucing-kucing yang dibuang itu.
Jadilah
pemilik kucing yang bertanggungjawab.
Comments
Nasib stray cat..