Saya
lihat kucing jantan itu sangat kurus. Entah berapa hari ia tidak makan. Mungkin
ia telah dibuang di kawasan berkenaan.
Pada
hari Rabu 25hb Mac 2020 sewaktu hendak
memasuki highway untuk pulang ke rumah selepas selesai memberi makan pada
kucing-kucing jalanan / gelandangan di beberapa lokasi dan mengisi minyak
petrol motorsikal saya, tiba-tiba saya ternampak seekor kucing berada di tengah
tebing pembahagi jalan.
Kemudian
saya memberhentikan motorsikal di tepi jalan dan pergi mendapatkan kucing itu
untuk dibawa ke tepi jalan kerana bimbang ia dilanggar kenderaan. Rupanya ia
adalah seekor kucing jantan. Kelihatan kurus dan ada parut luka di bahagian
atas tengkuknya.
Setelah
membawanya ke tepi jalan, saya pun memberinya makan. Ia makan dengan banyak
kerana terlalu lapar. Ntah berapa hari ia tidak dapat makan. Saya dapat rasakan
ia menderita kelaparan dan kehausan.
Bagaimana
ia boleh berada di lokasi jalan keluar masuk highway yang menghubungkan sebuah
bandar perumahan? Saya rasa sudah tentu ada pihak yang sengaja dan tidak
bertanggungjawab melepaskannya di situ. Hendak kata ia sesat tidak mungkin.
Selepas
itu saya telah membawa kucing berkenaan ke sebuah hentian highway yang saya
singgah setiap hari untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang
terdapat di situ. Kenapa saya tidak membawanya pulang ke rumah? Saya tinggal di
rumah kediaman pangsapuri yang kecil dan berkeluasan hanya 650 kaki persegi.
Dalam rumah saya kini terdapat 20 ekor kucing. Sukar untuk saya menempatkannya
di dalam rumah. Tambah pula saya tiada sangkar kosong.
Jadi
saya bawa dan lepaskannya ke hentian highway berkenaan. Sekurangnya ia ada
tempat berteduh buat sementara waktu dan selamat. Saya akan usahakan untuk
mendapatkannya keluarga angkat yang boleh menjaganya dan akan singgah di situ
setiap hari untuk memberinya makan serta memantau keadaannya. Lagi pun di
hentian highway itu saya ada dua orang kenalan yang boleh membantu saya menengokkan
kucing itu.
Sebenarnya
dulu saya pernah juga terserempak dengan seekor kucing bunting tidak jauh dari
lokasi berkenaan. Entah apalah nasibnya sekarang. Boleh baca semula di pautan
link ini :
https://rezekikucing.blogspot.com/2019/07/pembuang-kucing-zalim-jumpa-kucing.html
Comments