Semalam 17hb April 2019 saya telah membawa seekor kucing jantan bawah jagaan yang diberi enama Cikbu ke klinik untuk dimandulkan kerana Cikbu telah memasuki alam dewasa. Kalau tak dimandulkan takut nanti habis kucing-kucing betina yang masih belum dimandulkan dalam rumah saya itu bunting pula. Anggaran usia Cikbu dalam 1 tahun 1 bulan. Saya jumpa Cikbu pada awal bulan Mei tahun dialepas (2018) jam 2.30 pagi di tepi jalan dalam sebuah kawasan kampung. Cikbu seekor kucing jantan yang baik, tak banyak karenah dan manja. Dia cepat menyesuaikan diri dalam rumah saya. Semalam sewaktu saya hendak membawa Cikbu ke klinik, dia seolah-olah tahu saya hendak memasukkannya ke dalam sangkar. Bila dia nampak saya pegang sangkar dia melarikan diri dan menyorok bawah meja. Kemudian bila saya dapat pegangnya dan hendak masukkannya ke dalam sangkar dia meronta dan sekali lagi melarikan diri bawah meja. Terpaksalah saya minta pertolongan isteri untuk menangkap dan memasukkan Cikbu ke dalam sangkar
Comments